Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, October 21, 2015

Kek Marble Susu sedap sukatan cawan

Kek Marble Susu ni sebenarnya Sue buat minggu lepas. Tapi belum sempat nak update dalam blog waktu itu disebabkan sibuk dengan penyediaan kertas peperiksaan akhir tahun..hari ini baru berkesempatan..kebetulah sekolah dicutikan kerana masalah jerebu..sambil duduk2 je dalam rumah, sambil update blog..
Sedap tau kek ni..rasa lembab2 susu pekat dan mudah pula membuatnya, sukatan pun menggunakan sukatan cawan je....tak sempat nak ambil gambar banyak..sekali hadap makan..kalau anda baru nak cuba, boleh buat setengah adunan dari resepi di bawah ya..


Kek Marble Susu
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 ketul butter (Sue guna pure butter Anchor)
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur (Sue guna saiz A)
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 sk baking powder *
2 sb serbuk koko

Bahan bertanda * disatukan dan diayak

Cara penyediaan :
-pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
-masukkan susu pekat.
-masukkan telur satu demi satu sambil dipukul lagi.
-masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dengan kaedah kacau secara kaup balik hingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu pada warna asal dan satu lagi dicampur serbuk koko.
-panaskan oven terlebih dahulu, Gris keseluruhan loyang bulat bersaiz 8inci, alas loyang dengan baking paper dan gris sekali lagi. 
-masukkan adunan ke bahagian tengah loyang berselang seli hingga habis. Tak perlu ratakan kerana adunan akan sendiri merebak ke bahagian tepi memenuhi loyang. Hentakkan loyang 2 atau 3 kali dan boleh dibakar hingga masak mengikut oven masing-masing. (Oven Sue suhunya 160' C selama 50 minit)

Nota : 
-waktu pembakaran dan suhu adalah berbeza bagi setiap jenis oven.
-sukatan di atas adalah sepenuhnya menggunakan cawan dan sudu metrik.



Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment