JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, February 22, 2014

Kuih Lompang resepi ibu mertuaku...Sedap !

Selamat berhujung minggu semua. Asyik buat kek je ya...
Hari ni Sue masak kuih lompang resepi dari mak mertua. Dulu masa kecik, Sue selalu tertanya-tanya. Kenapa dinamakan lompang ? Bila dah besar, baru tahu. Rupanya bila kita masak (kukus) kuih lompang ni, akan terbentuk lubang pada bahagian tengahnya. Itulah lompang. Asal usul namanya. Kalau ada yang buat kuih ni tak jadi lubang tu, bermakna tak menjadilah.
InsyaAllah resepi Sue ini pasti jadi. Kalau orang yang tak pernah buat pun, jangan risau. Ikut betul-betul resepi ni ya..


Kuih Lompang
oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 1/2  cawan air
 3 helai daun pandan

Hiasan di atas lompang :
Kelapa parut yang putih
secubit garam halus
1 helai daun pandan
-gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap

Cara masak :
1. Satukan gula merah, gula pasir  serta 1 1/2  cawan air. Masak  bersama daun pandan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur dan 1 cawan air. Gaul sebati. Masukkan air gula yang disejukkan tadi dan kacau lagi hingga sebati semuanya.
3. Panaskan periuk kukusan. Sendukkan bancuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10 minit atau pun sehingga masak.
4. Angkat kuih lompang yang telah masak dan rendam separuh tenggelam dalam air biasa. Tujuannya supaya cepat sejuk dan mudah mengeluarkan lompang dari acuan.
5. Keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu secara berhati-hati. Letakkan kelapa parut di atasnya.

* ada juga petua yang pernah Sue dengar supaya menyapu acuan lompang dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan supaya senang tanggal dari acuan. Jika anda tidak suka cara begini, boleh ikut petua cara yang Sue buat di atas iaitu merendamnya dalam air supaya sejuk.




Sedap ! Jom makan. Bismillah...