Weekend macam ni kita mesti tercari-cari menue untuk dimasak, cuba masak udang goreng bertelur ni. Sedap insyaAllah. Kalau weekdays pun sesuai masak ni sebab cepat disediakan. Sekejap je dah boleh dimakan.
Udang goreng bertelur
Bahan-bahan :
Udang 600gm
Telur ayam 2 biji
Garam 1 sudu kecil
Kunyit 1 sudu kecil
Gula 1 sudu besar
Bawang besar 1 labu (dipotong bulat)
Bawang putih 3 ulas (dipotong nipis)
Cili merah dipotong
Asam keping 2 - 3 keping
Cara masak :
1. Udang digaul dgn garam, kunyit & gula. Perapkan selama 30 minit.
2. Panaskan minyak, goreng udang anggaran 5 minit untuk mengeringkan airnya. Angkat & ketepikan.
3. Panaskan minyak yang baru, gorengkan bawang besar, bawang putih dan cili potong hingga naik baunya.
4. Masukkan udang tadi bersama asam keping. Pecahkan telur. Kacau rata.
Siap.
* udang jangan dimasak melebihi 10 minit kerana,ini akan menyebabkan udang jadi keras dan hilang rasa manisnya.
udang tu bertelur waktu kena goreng, atau waktu dihidangkan udang tu bertelur...?.. :P
ReplyDeleteMana2 je dik...try masak dulu baru tahu, kan...;)
Delete