JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Monday, February 29, 2016

Kuih Cara Berlauk yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. antara menu kegemaran kami sekeluarga..kalau buat ni mesti cepat je habis..alhamdulillah..mudah pula caranya..sesuai untuk sarapan, minum petang ataupun hidangan berbuka puasa.


Bismillahirrahmanirrahim..
Kuih Cara Berlauk
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
Bahan A (inti)
100g daging kisar Ramly (atau daging biasa)
1 labu bawang besar -didadu
1 ulas bawang putih - didadu
1 sb rempah kurma
1 sb rempah kari daging
1/2 cawan air
1 - 2 sb minyak untuk menumis
Sedikit garam dan gula
-Panaskan minyak dan tumis bawang hingga harum baunya. Masukkan rempah kari dan rempah kurma yang telah dicampur 1/2 cawan air. Masukkan juga daging. Masak hingga daging empuk dan airnya kering. Perisakan dengan garam dan gula. Ketepikan.
Bahan B (batter) :
1 1/4 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sb minyak sapi
1 biji telur gred B
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
-Satukan bahan B dan kisar dengan blender hingga sebati.
Bahan C (untuk tabur di atas)
Daun sup
Daun bawang
Cili merah dibuang biji *semua bahan dipotong kecil
Cara masak :
1. Panaskan loyang/acuan. Sapu dengan sedikit minyak (menggunakan daun pandan) .
2. Sudukan bahan B (batter) iaitu adunan tepung tadi ke dalam acuan sebanyak 3/4 dari saiz acuan.
3. Tabur bahan A (inti) dulu, diikuti bahan C (bahan tabur)
4. Tutup loyang dengan tudung periuk.
5. Kuih ini cepat saja masaknya iaitu bila kita sentuh sedikit bahagian atasnya tidak melekat di jari. Ambil lidi dan cungkil perlahan. Keluarkan dari acuan.
6. Ulangi proses yang sama hingga habis adunan. Siap.
Sapu acuan dengan minyak setiap kali kita meletakkan adunan yang baru supaya tidak melekat pada acuan.

Selamat mencuba.

Sunday, February 21, 2016

Rempeyek Kacang Tanah homemade tanpa acuan

Bismillahirrahmanirrahim.. kudapan petang yang sedap, rempeyek homemade tanpa acuan.. sedap krup krap.. alhamdulillah..tq k. LinaKz Shaari

Rempeyek Kacang Tanah
Sumber : LinaKz Shaari
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Bahan A:
1 biji telur (gred B)
3 biji bawang putih
3 biji cili api (kurang lebih ikut selera masing2)
1/4 cawan ikan bilis
1/4 sk kapur sahaja + bancuh dgn 2sb air (kacau rata kemudian ambil 1/2 sahaja)
275ml air
~ Kisar bahan A hingga halus
Bahan B:
175gm tepung beras
Garam secukup rasa
2sb jintan putih (basuh & tos)
Bahan C:
Kacang tanah (basuh & tos)
Cara:
Satukan bahan A dan bahan B. Kacau hingga sebati. Masukkan kacang tanah 2 genggam. Panaskan minyak dlm kuali. Bila dah panas, curahkan minyak di tebing kuali dan tuang bancuhan nipis di tebing kuali. Curahkan minyak panas pada rempeyek, rempeyek akan tanggal dan jatuh dlm kuali. Balik balikkan rempeyek. Bila warna dah tukar coklat, bolehlah diangkat dan tos. Selamat mencuba.
Nota LinaKz Shaari:
~ Kacang tanah kak Lina bubuh sikit2 dlm 2 genggam mcm tu ja dlm bancuhan, bila kacang dah habis, kak Lina basuh lagi dan bubuh lagi dlm bancuhan. Tujuan bubuh sikit2 tu sbb nak elak kacang tu kembang terendam dlm bancuhan tepung.

Thursday, February 18, 2016

Rich Banana Bread sedap dan mudah, moist je..

Bismillahirrahmanirrahim..

Walaupun nama 'bread', tapi rasanya sedap dan lembab seakan kek. Hasil berjalan ke website mem, allrecipes.com. Sangat mudah disediakan tanpa penggunaan mixer, hanya gunakan whisker atau senduk kayu pun boleh.
Rich Banana Bread (loyang 9in x 5in)
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
(Sukatan cawan metrik)
1/2 cawan minyak jagung (atau butter cair)
1 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 st esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
1/2 st garam
1/2 cawan yogurt plain
1/2 cawan walnut cincang
4 biji pisang emas dilecek
Cara penyediaan :
-dalam mangkuk besar, satukan butter cair dan gula. Tambahkan telur, esen vanila dan kacau gunakan whisk hingga sebati. Satukan tepung, baking powder dan soda (Ayak). Masukkan ke dalam campuran butter tadi bersama garam. Whisk sebati. Akhir sekali masukkan yogurt, walnut dan pisang. Gris loyang dengan butter dan masukkan adunan. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar hingga masak mengikut suhu oven masing-masing. (Saya bakar suhu 180'C selama 45 minit). Ambil lidi dan cucuk bahagian tengah, jika tak melekat bermakna telah masak. Sejukkan diredai.

Sunday, February 14, 2016

Roti Baguette aka Roti Perancis mudah

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari terakhir cuti persekolahan, untuk makan petang ini tak tahu nak masak apa..anak2 beri cadangan untuk buat roti baguette atau pun roti perancis..bagi yang belum tahu, roti ni teksturnya keras di luar dan lembut pada bahagian dalam..sedap di sapu dengan garlic butter dan makan dengan mushroom soup..kalau nak cicah kuah kari pun boleh saja..sedap juga..



Roti Baguette
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
250 g tepung high protein
1 sk garam halus
1 sk gula pasir
1 sk yis kering (saya guna Saf Instant)
160 ml air
10 g shortening

Bahan lain
Sedikit tepung gandum untuk ayak atas roti
Sedikit minyak zaiton

Cara penyediaan (Sue uli menggunakan mixer) :
1. Satukan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang elastik dan licin. Tutup doh dengan plastik (jangan biar terdedah dengan udara). Biar sehingga doh naik sekali ganda dan tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
2. Bahagikan doh kepada 2 bahgian yang sama banyak dan bentukkan bulat. Ambil 1 bahagaian doh yang bulat tadi dan gelek dengan rolling pin hingga jadi memanjang. Gulung bahagian kiri hingga ke tengah, gulung pula bahagian kanan hingga ke tengah. Terbalikkan. Letak atas dulang yang telah digris dengan shortening. Ulangi proses yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.
3. Biarkan roti mngembang sekali ganda di atas dulang. Ambil sedikit tepung gandum dan ayak pada bahagian atas roti. Kelar atas roti menggunakan pisau tajam. Bahagian yang dikelar hendaklah digris dengan minyak zaiton (atau minyak jagung)
4. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar roti pada suhu tinggi hingga masak. (Sue bakar pada suhu 200'C selama 25 minit).




Garlic Butter
Oleh:  Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 labu bawang putih (dadu kecil)
1 sb minyak zaiton
1 buku butter
1 sb mixed herbs (boleh dibeli di kedai peralatan kek atau pasaraya)

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih hingga layu  kekuningan (sekejap saja). Matikan api. Biar suam.
2. Satukan bawang putih tumis tadi dengan butter dan mixed herbs. Mix menggunakan mixer hingga sebati dan butter menjadi lembut. Sedia disapu pada roti dan bakar roti sekejap atas non stick pan. Sedia dimakan.
3. Garlic butter boleh disimpan dalam bekas kedap udara atau botol kaca dalam peti ais jika tidak habis digunakan. Selain dari makan dengan roti baguette ini, sedap juga disapu pada roti gardenia dan bakar atas non stick pan.

Mushroom Soup
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
400 ml susu segar (susu cair pun boleh)
1 ketul kiun pati ayam
1 cawan air
7 biji cendawan butang potong kecil (Sue guna jenama Ayam Brand)
2 sb daun parsley
3 sb tepung gandum dibancuh dengan 1/4 cawan air, kacau larut
Garam jika perlu (sedikit saja takut masin)
1 sk lada putih

Cara penyediaan :
1. Masukkan susu segar, air, kiub pati ayam dan cendawan kedalam periuk. Masak api sederhana hingga didih. Masukkan lada putih dan garam jika perlu.
2. Masukkan bancuhan tepung gandum dengan air, Kacau hingga pekat sedikit, Taburkan daun parsley. Kacau rata dan matikan api.




Friday, February 12, 2016

Mee Hailam ringkas yang sedap


Bismillahirrahmanirrahim..
Mee Hailam
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih (ketuk)
3 ulas bawang merah (ketuk)
1 senduk cili kisar
1 biji tomato (dadu kecil)
1 cawan air
2 keping dada ayam (dadu kecil)
1 kiub pati ayam
1 bungkus fishball
2 keping fishcake
2 sb kicap pekat
3 sb sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Sayur terpulang kesukaan (Sue masukkan sawi, karot, bunga kobis , putik jagung)
3 sb minyak untuk menumis
*kalau suka boleh tambahkan sotong dan udang (saya tak letak)
Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga harum.
2. Masukkan cili kisar bersama buah tomato dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam bersama air dan masak hingga empuk.
4. Masukkan fishball, fishcake bersama sos, kicap, garam dan gula serta kiub pati ayam. Biarkan mendidih.
5. Masukkan mee kuning, kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan sayur. Biar sekejap, matikan api.
Sedia dihidang.

Famous Amos kudapan kesukaan anak-anak

Bismillahirrahmanirrahim..,famous amos, sejenis drop cookies yang sedap & mudah penyediaannya, bukan saja pada musim raya, tapi bila-bila masa pun sesuai menjadi kudapan..anak2 Sue panggil biskut chipsmore.

Famous Amos Chocolate Chip Cookies
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil cream of tatar*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 cawan walnut cincang (atau badam cincang)
1 cawan chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Bahan bertanda * disatukan dan diayak
Cara penyediaan :
1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati menggunakan senduk kayu. (Tidak perlu lama, sekadar menyebatikannya sahaja)
2. Masukkan bahan ayak, walnut dan coklat chip. Gaul sebati.
3. Adunan ini agak lembik sedikit. Gunakan sudu teh untuk menyudukan adunan pada dulang pembakar.
4. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Bakar biskut pada suhu 160'C anggaran masa 15 minit. Biskut akan mengembang sedikit selepas di bakar.
Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas.

Wednesday, February 10, 2016

Karipap rapuh yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Karipap memang menjadi kesukaan ramai, kan..walaupun dimakan selalu, kita tak pernah jemu. Sue suka mencuba resepi kulit pastri dari kawan-kawan dan ini antara resepi karipap terbaik yang pernah Sue cuba, alhamdulillah sedap..walaupun setelah sejuk, kulitnya tidak liat. 
Mula-mula kita sediakan intinya dulu. Kali ini, Sue buat inti kentang dengan ayam.

Inti karipap (kentang & ayam)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
3 biji ubi kentang dicuci bersih dan potong dadu
1 mangkuk kecil isi ayam
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji lada merah
2 sb rempah kari
1/2 cawan air (anggaran saja, jika tak cukup boleh tambahkan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun sup/daun bawang
-panaskan minyak, tumis bawang dan lada merah hingga harum. Masukkan rempah kari bersama air dan isi ayam. Bila ayam mulai empuk, masukkan garam dan ubi kentang. Kacau sebati hingga kentang empuk. Tabur daun sup/daun bawang dan gaul rata. Matikan api. Sejukkan sebelum digunakan.



Karipap Rapuh (tidak berderai)
Sumber : Kak Roha Hassan
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan
( lebih kurang 20 biji )
250g tepung gandum
85 ml minyak jagung
125 ml air sejuk dari peti ais
1/2 tsp garam
1 biji limau kasturi ( ambil jusnya )
Cara
1. Dalam bekas tahan panas masukkan tpg gandum dan garam
2. Panaskan minyak jagung , biar benar2 panas dan tuangkan dalam tepung tadi , gaul rata mengunakan senduk kayu sehingga menjadi serbuk roti.
3. Kemudian tuang air sejuk sedikit demi sedikit sambil di uli ( stop tuang air jika dough dah lembut dan tidak melekit pada tangan )
4 .masukkan perahan jus limau dan uli bagi rata . Kemudian masukkan dough dalam plastik / bekas kedap udara dan rehat selama 15 minit hingga ia berbeluh / berwap
5. Keluar kan dough dan bulat2 kan sebesar guli atau 25g setiap satu biji . Buat hingga dough habis dan masukkan semula dough dalam plastik , ikat kemas dan rehat kan semula selama 15 minit
6.Setelah 15 minit canai dough mengunakan roll pin . Jangan tebal sangat dan jgn nipis sangat . kemudian terap dgn acuan bulat .letak inti dan klim bagi kemas kemudian susun dalam tray or loyang . Bila dah siap taburkan sedikit tepung .
Goreng dgn api sederhana.



Saturday, February 6, 2016

Ikan Bawal Masak Sos kegemaran anak-anak

Bismillahirrahmanirrahim..
Bila weekend macam ni, menu ikut permintaan anak-anak..alhamdulillah..mujur anak-anak Sue jenis yang tidak cerewet. Apa yang dimasak, itulah yang dimakan tanpa banyak soal, walaupun resepi yang ringkas.


Ikan Bawal Masak Sos
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
3 ekor ikan bawal
- Ikan diperisakan dengan garam kunyit dan digoreng hingga masak. Ketepikan.

Bahan untuk sos :
1/2 inci halia
1 labu bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
1 biji buah tomato didadu
2 sb cili kisar
3 sb sos cili
2 sb sos plum (saya guna jenama life)
1 1/2 cawan air (anggaran untuk kuah sos)
Garam dan gula secukup rasa
1 sb tepung jagung (dibancuh dengan 3 sb air untuk memekatkan kuah)
Minyak masak
-panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan sos bersama air. Kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan gula serta garam secukup rasa. Kemudian masukkan tepung jagung dan buah tomato. Bila kuah sos mulai pekat, matikan api.
Curahkan kuah sos ke atas ikan goreng.

Siap.

Sup Sayur mudah dan simple

Alhamdulillah, sedap..sesuai juga untuk yang berdiet.


Sup Sayur
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 mangkuk isi ayam dipotong kecil
4 cawan air
2 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang merah diketuk
1 ketul kiub pati ayam
1 pokok sayur sawi
1/2 batang karot
1 peket cendawan
Garam

Cara penyediaan :
Masukkan bawang, isi ayam dan air ke dalam periuk. Didihkan dan biar isi ayam empuk. Masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan karot. Biar sekejap baru masukkan sawi bersama cendawan. Jangan biar lama, segera matikan api.

Siap.

*boleh juga tambahkan fishball, fishcake atau sayur lain yang bersesuaian.

Kuih Sagu sedap menggamit bulan memori puasa

Bismillahirrahmanirrahim..
Sibuk sungguh dalam  minggu ni..datang sekolah pun awal. Masak pun yang senang2 je..
Rasa teringin nak makan kuih sagu ni, ada orang panggil sagu bronok..kuih yang sangat mudah. Tapi ada orang pernah fail buat kuih ni wpun mudah (hihihi..Sue la tu, zaman dolu2). Teringat pulak time bulan puasa. Sedap.

Kuih Sagu
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1 cawan sagu putih
2 1/2 cawan air
3/4 cawan gula pasir
1 helai daun pandan disimpul
Sirap ros (atau pewarna merah)
Bahan lain
Kelapa parut yang putih + secubit garam halus
-dikukus sekejap supaya tidak cepat basi
Cara penyediaan :
-didihkan air bersama gula pasir, sirap ros/pewarna merah dan daun pandan. Masukkan sagu dan kacau sebati hingga sagu kembang. Matikan api.
-basahkan loyang atau acuan kecil (saya guna acuan lompang) dan tuang sagu ke dalamnya.
-didihkan air dalam periuk kukusan, tutup tudung periuk dengan kain & kukus sagu selama 15 minit.
-matikan api dan biar sagu sejuk baru lah di gaul dengan kelapa parut.

Tuesday, February 2, 2016

Kek buah Kukus yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Memenuhi permintaan kawan2 yang meminta Sue share kan resepi kek buah kukus,. 
Bahagian dasar/bawah kek





Kek Buah Kukus
Oleh : Surianti Ramli
http://www.jendeladapursurianti.blogspot.my
Bahan A
300 gm gula pasir
60 ml air panas
250 gm butter
1 sb susu pekat
1 sb oren sunquick
400 gm mixfruit
- masak gula hingga cair keperangan, masukkan air panas perlahan-lanan.
-masukkan butter dan biarkan butter cair.
-masukkan susu pekat, oren sunquick & mixfruit. Kacau sebati, matikan api dan biar hingga sejuk. Ketepikan.
Bahan B (ayak)
350 gm tepung gandum
1 sk cream of tartar
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 sk cinnamon powder
-satukan semua bahan B dan ayak. Ketepikan. (Semua bahan B ini boleh dibeli dikedai peralatan kek).
Bahan C
3 biji telur gred A
1 sk esen vanila.
- pukul bahan ini dengan mixer hingga benar-benar kembang.
Cara :
-Satukan Bahan B (bahan ayak) ke dalam Bahan A. Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk kayu.
-Tuangkan Bahan C (adunan telur) ke dalam bahan-bahan di atas. Kacau sebati juga dengan senduk kayu.
-Griskan loyang 8inci x 8inci, alas dengan baking paper dan gris sekali lagi. Tuang adunan ke dalam loyang.
-Panaskan periuk kukusan terlebih dahulu, tutup loyang adunan kek dengan aluminium foil (atau jika tiada, balut tudung periuk kukus dengan kain) dan kukus selama 4 jam.
-Bila tamat masa mengukus, sebaiknya kek dibiarkan hingga keesokannya barulah dipotong untuk tekstur yang lembab dan tidak berderai. Jangan sesekali potong semasa kek masih panas.
Selamat mencuba.