Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Monday, February 29, 2016

Kuih Cara Berlauk yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. antara menu kegemaran kami sekeluarga..kalau buat ni mesti cepat je habis..alhamdulillah..mudah pula caranya..sesuai untuk sarapan, minum petang ataupun hidangan berbuka puasa.


Bismillahirrahmanirrahim..
Kuih Cara Berlauk
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
Bahan A (inti)
100g daging kisar Ramly (atau daging biasa)
1 labu bawang besar -didadu
1 ulas bawang putih - didadu
1 sb rempah kurma
1 sb rempah kari daging
1/2 cawan air
1 - 2 sb minyak untuk menumis
Sedikit garam dan gula
-Panaskan minyak dan tumis bawang hingga harum baunya. Masukkan rempah kari dan rempah kurma yang telah dicampur 1/2 cawan air. Masukkan juga daging. Masak hingga daging empuk dan airnya kering. Perisakan dengan garam dan gula. Ketepikan.
Bahan B (batter) :
1 1/4 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sb minyak sapi
1 biji telur gred B
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
-Satukan bahan B dan kisar dengan blender hingga sebati.
Bahan C (untuk tabur di atas)
Daun sup
Daun bawang
Cili merah dibuang biji *semua bahan dipotong kecil
Cara masak :
1. Panaskan loyang/acuan. Sapu dengan sedikit minyak (menggunakan daun pandan) .
2. Sudukan bahan B (batter) iaitu adunan tepung tadi ke dalam acuan sebanyak 3/4 dari saiz acuan.
3. Tabur bahan A (inti) dulu, diikuti bahan C (bahan tabur)
4. Tutup loyang dengan tudung periuk.
5. Kuih ini cepat saja masaknya iaitu bila kita sentuh sedikit bahagian atasnya tidak melekat di jari. Ambil lidi dan cungkil perlahan. Keluarkan dari acuan.
6. Ulangi proses yang sama hingga habis adunan. Siap.
Sapu acuan dengan minyak setiap kali kita meletakkan adunan yang baru supaya tidak melekat pada acuan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment