JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, February 10, 2016

Karipap rapuh yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Karipap memang menjadi kesukaan ramai, kan..walaupun dimakan selalu, kita tak pernah jemu. Sue suka mencuba resepi kulit pastri dari kawan-kawan dan ini antara resepi karipap terbaik yang pernah Sue cuba, alhamdulillah sedap..walaupun setelah sejuk, kulitnya tidak liat. 
Mula-mula kita sediakan intinya dulu. Kali ini, Sue buat inti kentang dengan ayam.

Inti karipap (kentang & ayam)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
3 biji ubi kentang dicuci bersih dan potong dadu
1 mangkuk kecil isi ayam
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji lada merah
2 sb rempah kari
1/2 cawan air (anggaran saja, jika tak cukup boleh tambahkan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun sup/daun bawang
-panaskan minyak, tumis bawang dan lada merah hingga harum. Masukkan rempah kari bersama air dan isi ayam. Bila ayam mulai empuk, masukkan garam dan ubi kentang. Kacau sebati hingga kentang empuk. Tabur daun sup/daun bawang dan gaul rata. Matikan api. Sejukkan sebelum digunakan.



Karipap Rapuh (tidak berderai)
Sumber : Kak Roha Hassan
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan
( lebih kurang 20 biji )
250g tepung gandum
85 ml minyak jagung
125 ml air sejuk dari peti ais
1/2 tsp garam
1 biji limau kasturi ( ambil jusnya )
Cara
1. Dalam bekas tahan panas masukkan tpg gandum dan garam
2. Panaskan minyak jagung , biar benar2 panas dan tuangkan dalam tepung tadi , gaul rata mengunakan senduk kayu sehingga menjadi serbuk roti.
3. Kemudian tuang air sejuk sedikit demi sedikit sambil di uli ( stop tuang air jika dough dah lembut dan tidak melekit pada tangan )
4 .masukkan perahan jus limau dan uli bagi rata . Kemudian masukkan dough dalam plastik / bekas kedap udara dan rehat selama 15 minit hingga ia berbeluh / berwap
5. Keluar kan dough dan bulat2 kan sebesar guli atau 25g setiap satu biji . Buat hingga dough habis dan masukkan semula dough dalam plastik , ikat kemas dan rehat kan semula selama 15 minit
6.Setelah 15 minit canai dough mengunakan roll pin . Jangan tebal sangat dan jgn nipis sangat . kemudian terap dgn acuan bulat .letak inti dan klim bagi kemas kemudian susun dalam tray or loyang . Bila dah siap taburkan sedikit tepung .
Goreng dgn api sederhana.