JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Sunday, February 14, 2016

Roti Baguette aka Roti Perancis mudah

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari terakhir cuti persekolahan, untuk makan petang ini tak tahu nak masak apa..anak2 beri cadangan untuk buat roti baguette atau pun roti perancis..bagi yang belum tahu, roti ni teksturnya keras di luar dan lembut pada bahagian dalam..sedap di sapu dengan garlic butter dan makan dengan mushroom soup..kalau nak cicah kuah kari pun boleh saja..sedap juga..



Roti Baguette
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
250 g tepung high protein
1 sk garam halus
1 sk gula pasir
1 sk yis kering (saya guna Saf Instant)
160 ml air
10 g shortening

Bahan lain
Sedikit tepung gandum untuk ayak atas roti
Sedikit minyak zaiton

Cara penyediaan (Sue uli menggunakan mixer) :
1. Satukan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang elastik dan licin. Tutup doh dengan plastik (jangan biar terdedah dengan udara). Biar sehingga doh naik sekali ganda dan tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
2. Bahagikan doh kepada 2 bahgian yang sama banyak dan bentukkan bulat. Ambil 1 bahagaian doh yang bulat tadi dan gelek dengan rolling pin hingga jadi memanjang. Gulung bahagian kiri hingga ke tengah, gulung pula bahagian kanan hingga ke tengah. Terbalikkan. Letak atas dulang yang telah digris dengan shortening. Ulangi proses yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.
3. Biarkan roti mngembang sekali ganda di atas dulang. Ambil sedikit tepung gandum dan ayak pada bahagian atas roti. Kelar atas roti menggunakan pisau tajam. Bahagian yang dikelar hendaklah digris dengan minyak zaiton (atau minyak jagung)
4. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar roti pada suhu tinggi hingga masak. (Sue bakar pada suhu 200'C selama 25 minit).




Garlic Butter
Oleh:  Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 labu bawang putih (dadu kecil)
1 sb minyak zaiton
1 buku butter
1 sb mixed herbs (boleh dibeli di kedai peralatan kek atau pasaraya)

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih hingga layu  kekuningan (sekejap saja). Matikan api. Biar suam.
2. Satukan bawang putih tumis tadi dengan butter dan mixed herbs. Mix menggunakan mixer hingga sebati dan butter menjadi lembut. Sedia disapu pada roti dan bakar roti sekejap atas non stick pan. Sedia dimakan.
3. Garlic butter boleh disimpan dalam bekas kedap udara atau botol kaca dalam peti ais jika tidak habis digunakan. Selain dari makan dengan roti baguette ini, sedap juga disapu pada roti gardenia dan bakar atas non stick pan.

Mushroom Soup
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
400 ml susu segar (susu cair pun boleh)
1 ketul kiun pati ayam
1 cawan air
7 biji cendawan butang potong kecil (Sue guna jenama Ayam Brand)
2 sb daun parsley
3 sb tepung gandum dibancuh dengan 1/4 cawan air, kacau larut
Garam jika perlu (sedikit saja takut masin)
1 sk lada putih

Cara penyediaan :
1. Masukkan susu segar, air, kiub pati ayam dan cendawan kedalam periuk. Masak api sederhana hingga didih. Masukkan lada putih dan garam jika perlu.
2. Masukkan bancuhan tepung gandum dengan air, Kacau hingga pekat sedikit, Taburkan daun parsley. Kacau rata dan matikan api.