JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Friday, February 12, 2016

Famous Amos kudapan kesukaan anak-anak

Bismillahirrahmanirrahim..,famous amos, sejenis drop cookies yang sedap & mudah penyediaannya, bukan saja pada musim raya, tapi bila-bila masa pun sesuai menjadi kudapan..anak2 Sue panggil biskut chipsmore.

Famous Amos Chocolate Chip Cookies
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil cream of tatar*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 cawan walnut cincang (atau badam cincang)
1 cawan chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Bahan bertanda * disatukan dan diayak
Cara penyediaan :
1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati menggunakan senduk kayu. (Tidak perlu lama, sekadar menyebatikannya sahaja)
2. Masukkan bahan ayak, walnut dan coklat chip. Gaul sebati.
3. Adunan ini agak lembik sedikit. Gunakan sudu teh untuk menyudukan adunan pada dulang pembakar.
4. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Bakar biskut pada suhu 160'C anggaran masa 15 minit. Biskut akan mengembang sedikit selepas di bakar.
Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas.