JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, September 12, 2015

Victoria Sandwich Cake a.k.a kek bangsawan

Bismillahirrahmanirrahim..
Jom kita minum petang dengan kek kegemaran Ratu Victoria. Kawan2 Sue panggil kek ni sebagai kek bangsawan..hihi..ok la tu.
Senang sebenarnya cara menyediakan kek ni. Semuanya menggunakan bahan asas yang sama timbangannya..mari kita lihat resepi.





Victoria Sandwich Cake
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
250g butter
250g gula castor (saya letak 200g)
250g telur (pecahkan telur dan timbang)
250g self raising flour
3 sb susu cair
1 st esen vanila
-pukul  butter dan gula hingga kembang.
-masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dan masukkan esen vanila.
-masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Kacau secara kaup balik.
- griskan loyang, alas dengan baking paper dan gris sekali lagi. Tuangkan adunan.
-panaskan oven terlebih dahulu dan bakar kek hingga masak. (Oven saya suhunya 160'C selama 45 minit).
-sejukkan kek atas redai dan barulah potong kek kepada 2 bahagian yang sama tebal.

Bahan hiasan :
250g cream cheese
80g gula icing
300g non dairy whipping cream
Buah strawberry secukupnya
Strawberry filling
-pukul cream cheese dan gula icing hingga sebati dan kembang, masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga kental. Masukkan dalam piping beg dan nozzle yang sesuai.
-ambil satu bahagian kek dan sapu permukaan kek dengan strawberry filling, paipkan adunan cream cheese. Ambil lagi satu bahagian kek dan tindan di atasnya, ulang proses yang sama. Hias dengan buah strawberry.



Yummy !