JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Thursday, December 21, 2017

Rich Banana Bread untuk minum petang, rasanya seakan kek pisang yang gebu

Bismillahirrahmanirrahim,
Rich Banana Bread untuk minum petang, resepi saya pernah share dua tahun lepas. Mudah & sedap, walaupun nama 'bread', tapi rasanya sedap, gebu dan lembab seakan kek pisang. Resepi ini saya dapat hasil berjalan ke website, allrecipes.com dan saya ubahsuai mengikut citarasa sendiri. Mudah disediakan tanpa penggunaan mixer. Nak tahu sedap & gebu yang bagaimana, anda mesti cuba ya ✌️


Rich Banana Bread (loyang 9in x 5in)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
(Sukatan cawan metrik)
1/2 cawan minyak jagung (atau butter dicairkan)
1 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 st esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
1/2 st garam
1/2 cawan yogurt plain
1/2 cawan walnut cincang
4 biji pisang emas dilecek

Cara penyediaan : 

1. Dalam mangkuk besar, satukan butter cair dan gula. 
2. Tambahkan telur, esen vanila dan kacau gunakan whisker hingga sebati. 
3. Satukan tepung, baking powder dan soda (Ayak). Masukkan ke dalam campuran butter tadi bersama garam. 
4. Whisk sebati. Akhir sekali masukkan yogurt, walnut dan pisang. 
5. Gris loyang dengan butter dan masukkan adunan. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar hingga masak mengikut suhu oven masing-masing. (Saya bakar suhu 180'C selama 45 minit). Ambil lidi dan cucuk bahagian tengah, jika tak melekat bermakna telah masak. Sejukkan diredai.