Skip to main content

Posts

Maggie Goreng simple dan sedap untuk dinner

Baru-baru ini, seorang sahabat yang selalu melayari blog Sue ada email kan meminta Sue kongsikan resepi Maggie Goreng. Sue sebenarnya masak cara biasa sahaja. Lebih kurang sama seperti cara memasak mee/ meehun/ kuetiaw goreng juga. Anda boleh pelbagaikan cara dan bahan mengikut kreativiti sendiri untuk memasaknya. Maggie Goreng Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 3 bungkus maggie - direndam dalam air didih anggaran 2 minit, toskan dan lalukan air biasa sekejap. Ketepikan 1 senduk cili kisar (ikut tahap kepedasan sendiri) Sos cili Kicap lemak manis 2 sb sos tiram Semangkuk daging (potong kecil) 3 keping fishcake digoreng dahulu dan dipotong Sayur seperti sawi, kobis dll mengikut citarasa Garam Gula 2 biji telur 3 ulas bawang merah/2 ulas bawang putih Sedikit minyak untuk menumis Anggaran secawan air Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga harum. 2. Masukkan cili kisar, daging bersama secawan air dan rebus hingga empuk. 3. Masukkan sos c...

Kek Marble Coffeemate yang lembut, gebu, berkrim & sedap

Memang sedap insyaAllah...rasa krimer, kopi dan lembut sangat. Best la rasa dia.  Kek Marble Coffemate Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahannya : 250g mentega (Sue gunakan Anchor) 250g tepung gandum (sebaik-baiknya guna tepung superfine) 1 sudu kfc baking powder 180g gula castor 3 biji telur gred A 50g coffeemate 125g whipping cream UHT Anchor 1 sk esen vanila 1 sb coffee emulco Cara penyediaan : 1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Putar lagi. 2. Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit sambil memasukkan coffemate dan juga whipping cream. Putar sekejap sekadar menyebatikannya. 3.  Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal, bahagian kedua dicampur dengan coffee emulco dan  bahagian ketiga dicampur dengan pewarna merah. 4. Tuang adunan berselang seli sehingga habis ke dalam loyang. 5. Bakar pada suhu 150-180'c selama 45minit - 1 jam (bergantung kepad...

Cheesy Baked Macaroni yang sedap dan creamy

Salam rindu buat semua...lebih kurang 3 minggu Sue tak update blog disebabkan kekangan masa dan ketiadaan di rumah sepanjang curi sekolah ini. Akhirnya hari ini, teringin sangat nak makan macaroni bakar. Maka hasilnya... Cheesy Baked Macaroni Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan macaroni -didihkan air bersama secubit garam dan minyak zaiton. Masukkan macaroni dan rebus hingga lembut. Tos & lalukan air biasa sekejap. Ketepikan. 1 labu bawang holland (didadu) Semangkuk daging lembu dipotong kecil 1/2 cawan sos carbonara mushroom (Sue guna jenama Prego) 1/2 cawan whipping cream (Sue guna UHT jenama Anchor) 1 sb serbuk lada hitam 1/3 cawan susu segar 1 kiub pati ayam Garam/gula secukup rasa Sedikit air Minyak zaitun untuk menumis Sayur-sayuran (seperti karot, capsicum atau pun mixed vege) Mozarella cheese 1 sb mix herbs Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak, tumis bawang holland hingga wangi. 2. Masukkan daging dan rebus bersama air hingga empuk. 3. ...

Lompang Pandan untuk minum petang

Biasanya Sue buat lompang gula merah. Tapi kali ini teringin nak makan lompang pandan. Bahan semua dah ada di dapur, terus je buat. Kalau anda yang belum pernah cuba masak kuih lompang, cuba lah resepi ni. Asal resepinya dari emak mertua Sue. InsyaAllah menjadi. Ikut petua yang akan Sue tulis nanti ya... Lompang Pandan Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 1/2 cawan tepung beras 1 sudu besar tepung ubi kayu 1 sudu kecil air kapur 3/4 cawan gula pasir 2 1/2 cawan jus pandan (jus pandan = 7 helai daun pandan dikisar dengan air dan ditapis) 1 sudu besar pandan paste untuk memberikan warna hijau Hiasan di atas lompang : Kelapa parut yang putih Secubit garam halus 1 helai daun pandan #gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap Cara masak : 1. Satukan gula pasir  serta jus pandan. Masak sehingga gula larut. Sejukkan. (*pastikan benar-benar sejuk, jika tidak lompang tidak menjadi) 2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur ...

Kek Kukus Velvet Hawflakes aka Kek Lapis Hawflakes

Teruja sungguh Sue buat kek ni. Tak sabar nak tengok hasilnya. Bila dah siap kukus... Wow ! Sedap. Lagi bertambah sedap kalau letak banyak asam hawflakes tu. Untuk kek kali ini, Sue kekurangan stok hawflakes. Lain kali akan letak banyak. Bila gigit je kek tu, terasa masam manisnya. Kek Kukus Velvet Hawflakes/Kek Lapis Hawflakes Sumber :  Kak Fida Myresepi Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 5 biji telur - grade A yang sejuk(dari peti ais) 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata) *Sue letak 200g shj 220 g tepung gandum*(2 cwn rata) 1 sk rata baking powder* 1 sb ovalette 150 ml susu cair 1/2 sk garam 100 ml minyak jagung/masak 1 sk esen vanilla pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka secukup hawflakes Cara-cara : Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/minyak masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga...

Mee Kari sedap dan mudah penyediaannya

Dah lama teringin mee kari, baru kali ini dapat cuba memasak. Selalunya makan mee kari yang dimasak oleh kawan-kawan. Tapi kali ini, Sue masak ikut resepi seorang sahabat fb yang memang pakar memasak. Hasilnya, wow ! Sedap. Alhamdulillah...anak-anak dan hubby suka. Sue copy paste resepi ini ya... Mee Kari Ayam Sumber resepi asal : Naimah Md Ludin Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 labu bawang besar (dadukan) 3 ulas bawang putih (racik halus) 3 sudu rempah kari daging (sy guna adabi) 1 sudu cili boh 1 tangkai daun kari isi ayam tauhu goreng (potong kecik) fish ball & fish cake kacang panjang (potong pendek2) sodek/putik jagung 2 cawan pati santan 2 cawan air panas 1 senduk minyak (utk tumis) gram dan gula secukup rasa ulam: taugeh-dicelur sawi-dicelur cili merah hiris nipis buah limau nipis bawang goreng bua tomato dihiris nipis @guna buah tomato kecik2 tu mee 2 bungkus-dicelur cara 1)panaskan miny...

Kuih Lapis jalur merah putih

Dulu masa kecik, kalau dapat makan kuih lapis, Sue suka makan selapis demi selapis. Suka tengok lapisnya. Dengan   kombinasi rasa lemak dan manisnya. Sedap ! Ok jom kita lihat resepinya, Sue masak di kampung kuih ni,  Kuih Lapis Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum 6 sb tepung beras 1 cawan gula pasir 3 cawan santan pekat 1 cawan air 1 sk garam Pewarna merah Esen ros Sedikit minyak masak Cara penyediaan : 1. Satukan semua bahan kecuali minyak masak, adunkan hingga sebati menggunakan whisk atau pun senduk.  2. Tapiskan adunan supaya tidak berketul. 3. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah dan satu bahagian lagi dibiarkan kepada warna asal. 4. Panaskan air dalam periuk kukus. Sapu loyang dengan sedikit minyak masak.  (Sue gunakan loyang segi empat bersaiz 6 inci x 6 inci x 3 inci) 5. Adunan merah dibahagikan kepada 3 bahagian yang sama banyak, begitu juga dengan adunan puti...