Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, January 24, 2015

Maggie Goreng simple dan sedap untuk dinner

Baru-baru ini, seorang sahabat yang selalu melayari blog Sue ada email kan meminta Sue kongsikan resepi Maggie Goreng. Sue sebenarnya masak cara biasa sahaja. Lebih kurang sama seperti cara memasak mee/ meehun/ kuetiaw goreng juga. Anda boleh pelbagaikan cara dan bahan mengikut kreativiti sendiri untuk memasaknya.



Maggie Goreng
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
3 bungkus maggie
- direndam dalam air didih anggaran 2 minit, toskan dan lalukan air biasa sekejap. Ketepikan

1 senduk cili kisar (ikut tahap kepedasan sendiri)
Sos cili
Kicap lemak manis
2 sb sos tiram
Semangkuk daging (potong kecil)
3 keping fishcake digoreng dahulu dan dipotong
Sayur seperti sawi, kobis dll mengikut citarasa
Garam
Gula
2 biji telur
3 ulas bawang merah/2 ulas bawang putih
Sedikit minyak untuk menumis
Anggaran secawan air

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga harum.
2. Masukkan cili kisar, daging bersama secawan air dan rebus hingga empuk.
3. Masukkan sos cili
, sos tiram dan kicap. Juga fishcake, garam dan gula secukup rasa. Jika air telah kering, tambahkan sedikit. (Tapi jangan letak air banyak sebab kita masak maggie goreng)
4. Masukkan sayur bersama maggie. Kacau sebati. Anggaran 1 - 2 minit sahaja.
5. Kuiskan maggie pada tepi kuali dan pecahkan telur pada bahagian tengah kuali.  Timbuskan telur tadi dengan maggie. Agak2 telur sudah mulai masak, gaulkan cepat telur bersama maggie.
Tutupkan api.

Sedia dihidang.

Catatan :
-Boleh tambahkan sotong, udang dll bahan mengikut citarasa sendiri.
-Jangan rendam maggie terlalu lama hingga lembut kerana kita akan goreng pula selepas itu.
-Tidak perlu menambahkan serbuk perasa yang tersedia dalam bungkusan pun sedap juga.

5 comments: