Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Monday, December 1, 2014

Kuih Lapis jalur merah putih

Dulu masa kecik, kalau dapat makan kuih lapis, Sue suka makan selapis demi selapis. Suka tengok lapisnya. Dengan   kombinasi rasa lemak dan manisnya. Sedap !
Ok jom kita lihat resepinya, Sue masak di kampung kuih ni, 



Kuih Lapis
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
6 sb tepung beras
1 cawan gula pasir
3 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sk garam
Pewarna merah
Esen ros
Sedikit minyak masak

Cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan kecuali minyak masak, adunkan hingga sebati menggunakan whisk atau pun senduk. 
2. Tapiskan adunan supaya tidak berketul.
3. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah dan satu bahagian lagi dibiarkan kepada warna asal.
4. Panaskan air dalam periuk kukus. Sapu loyang dengan sedikit minyak masak.  (Sue gunakan loyang segi empat bersaiz 6 inci x 6 inci x 3 inci)
5. Adunan merah dibahagikan kepada 3 bahagian yang sama banyak, begitu juga dengan adunan putih. (Ini kerana, kita akan buat sebanyak  6 lapis semuanya)
6. Mulakan melapis 1 bahagian warna putih pada dasar loyang. Kukus selama 5 minit. Buat lapisan kedua dengan meletakkan 1 bahagian warna merah pula. Kukus selama 5 minit juga. Ulangi proses ini sehingga habis. Lapisan paling atas, dikukus selama 15 minit dan pada waktu ini, pastikan tudung periuk kukus dibalut dengan kain/kitchen towel untuk mengelakkan air dari menitis dan terkena pada kuih.
7. Tunggu sehingga kuih telah sejuk barulah dipotong.

No comments:

Post a Comment