Skip to main content

Lompang Pandan untuk minum petang

Biasanya Sue buat lompang gula merah. Tapi kali ini teringin nak makan lompang pandan. Bahan semua dah ada di dapur, terus je buat. Kalau anda yang belum pernah cuba masak kuih lompang, cuba lah resepi ni. Asal resepinya dari emak mertua Sue. InsyaAllah menjadi. Ikut petua yang akan Sue tulis nanti ya...





Lompang Pandan
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu kecil air kapur
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan jus pandan (jus pandan = 7 helai daun pandan dikisar dengan air dan ditapis)
1 sudu besar pandan paste untuk memberikan warna hijau

Hiasan di atas lompang :
Kelapa parut yang putih
Secubit garam halus
1 helai daun pandan
#gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap

Cara masak :
1. Satukan gula pasir  serta jus pandan. Masak sehingga gula larut. Sejukkan. (*pastikan benar-benar sejuk, jika tidak lompang tidak menjadi)
2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur , pandan paste dan jus pandan yang telah disejukkan tadi. Gaul sebati.
3. Panaskan periuk kukusan. Sendukkan bancuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10 - 12 minit atau pun sehingga masak.
4. Angkat kuih lompang yang telah masak dan rendam separuh tenggelam dalam air biasa. Tujuannya supaya cepat sejuk dan mudah mengeluarkan lompang dari acuan.
5. Keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu secara berhati-hati. Letakkan kelapa parut di atasnya.

* ada juga petua yang pernah Sue dengar supaya menyapu acuan lompang dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan supaya senang tanggal dari acuan. Jika anda tidak suka cara begini, boleh ikut petua cara yang Sue buat di atas iaitu merendamnya dalam air supaya sejuk.

Catatan : kuih lompang yang sebenar akan ada lesung pipit (lubang ditengahnya) setelah masak dikukus. Jika tiada, bermakna tidak menjadi.

Comments

Popular posts from this blog

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan : 1 paket spaghetti 1 tin sos prego tradisional 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato) 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin) Garam Gula Air secukupnya 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) Minyak zaitun Cara masak : Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Kuah spaghetti 1. Panaskan sedikit minyak zaitu...

Sagu Gula Melaka mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hari ini masak sup ayam untuk orang yang baru baik demam, dessert nya pula yang mudah saja. Biasanya Sue buat banyak dan simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk, sedap ! Sagu Gula Melaka Oleh : Surianti Ramli Bahan sagu : 1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Bahan Gula Melaka : 1 ketul gula melaka (saya pakai yang jenis besar, beratnya 250 gm) 1 cawan air 1 helai daun pandan disimpul -masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan. Bahan lain : 1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *boleh juga gantikan susu dengan santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam Cara penyediaan : 1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...