JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Sunday, August 4, 2013

Puding Tembikai

Alhamdulillah, hari ini 26 Ramadhan 1434 H bermakna telah 26 hari kita berpuasa. Hari kedua sekolah bercuti, sambil kemas-kemas rumah...sambil masak sikit-sikit, sambil update blog.
Hari ini, menu Sue sekeluarga Nasi Beriani (klik di sini untuk resepi) , Ayam Merah Madu (klik di sini untuk resepi) dan juga Puding Tembikai. Ok, jom kita lihat resepinya.



Puding Tembikai
Sumber : Myresepi

Bahan-Bahan:

1 paket agar-agar serbuk (clear) 10g
3 keping roti gardenia
4 cawan air kosong
5 sudu besar gula
5 sudu besar susu pekat manis
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
Sedikit cincau di cincang kecil
Pewarna hijau dan merah

Cara masak :


1. Carik-carikkan roti gardenia dan rendam dalam susu cair hingga lembut (anggaran 30minit). Kisar halus roti yang direndam tadi bersama susu cair dan susu pekat (menggunakan blender) Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama gula dan air mendidih.
3. Masukkan roti yang dikisar tadi kedalam agar-agar. Tambahkan mentega dan esen vanila. Kacau dalam api perlahan hingga pekat.
4. Ambil sedikit adunan agar-agar dan warnakan merah. Curahkan kedalam loyang dan tabur cincau yang dicincang tadi. Biarkan beku.
5. Baki agar-agar pula hendaklah dibiarkan dalam api perlahan untuk mengelakkan ianya beku dan keras.
6. Ambil sedikit agar-agar dalam warna asal (putih) dan curahkan ke atas agar-agar merah. Biarkan beku.
7. Bahagian agar-agar yang tinggal diwarnakan hijau. Curahkan ke atas bahagian putih tadi.
8. Biarkan sejuk dan beku baru disimpan ke dalam peti sejuk.

Sedia dihidang.