Skip to main content

Banoffee Pie untuk penggemar pisang

Dessert kali ini adalah banoffee pie atau nama penuhnya banana toffee. Idea asalnya adalah dari Nigella Lawson. Tapi Sue ubahsuai mengikut selera Sue berdasarkan bahan yang sedia ada di dapur tanpa mengubah bahan asasnya.

Versi dalam gelas sundae
 

Versi dalam loyang

Banoffee Pie
Oleh : Surianti Ramli

Bahan -bahan :
30 keping biskut cream cracker/ biskut marie/ biskut digestive
1 ketul butter
1/3 tin susu pekat manis
1/4 cawan susu segar (Sue gunakan susu tepung nespray yang dibancuh dengan air)
3 biji pisang berangan
400 ml whipping cream (Sue guna Anchor UHT)
1 tbs gula

Cara penyediaan  (rujuk pada gambar step by step)

1. Hancurkan biskut cream cracker.
2. Cairkan butter (tinggalkan 1tbs butter untuk membuat karamel, yang lain semuanya dicairkan).
3. Curahkan butter cair tadi ke atas biskut hancur. Gaul sebati. Tekan dan ratakan dengan sudu hingga menjadi padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Sambil menunggu, kita sediakan pula karamel. Masukkan susu pekat dan 1 tbs butter ke dalam kuali dan masak dalam api perlahan hingga warnanya bertukar sedikit keperangan. Tuangkan susu segar sambil mengacau lagi. Matikan api.


5. Potong pisang menjadi kepingan.
6. Curahkan bahan karamel tadi ke atas lapisan biskut. Susun kepingan pisang. Ketepikan.
7. Putar whipping cream dan 1 tbs gula hingga menjadi kental.
8. Masukkan whipping cream ke dalam piping beg dan paipkan ke atas kepingan pisang.
9. Susun lagi kepingan pisang di atasnya. Hias mengikut kreativiti anda. 
* Sue taburkan biji gajus panggang dan paipkan coklat.
10. Sejukkan dan sedia dihidang.




Comments

Popular posts from this blog

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan : 1 paket spaghetti 1 tin sos prego tradisional 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato) 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin) Garam Gula Air secukupnya 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) Minyak zaitun Cara masak : Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Kuah spaghetti 1. Panaskan sedikit minyak zaitu...

Sagu Gula Melaka mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hari ini masak sup ayam untuk orang yang baru baik demam, dessert nya pula yang mudah saja. Biasanya Sue buat banyak dan simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk, sedap ! Sagu Gula Melaka Oleh : Surianti Ramli Bahan sagu : 1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Bahan Gula Melaka : 1 ketul gula melaka (saya pakai yang jenis besar, beratnya 250 gm) 1 cawan air 1 helai daun pandan disimpul -masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan. Bahan lain : 1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *boleh juga gantikan susu dengan santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam Cara penyediaan : 1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...