Skip to main content

Posts

Puding Jagung sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. . Puding Jagung Oleh : Surianti Ramli http:// www.jendeladapursurianti.bl ogspot.my/ Bahan-bahan : 1 tin jagung 1 cawan gula pasir 1 cawan tepung kastad 1 kotak kecil santan* 3 cawan air* (Bahan bertanda * boleh digantikan dengan 4 cawan susu cair) 1 sb mentega Cara penyediaan : Satukan semua bahan (kecuali mentega), kacau larut hingga sebati. Masak atas api perlahan, sentiasa dikacau. Bila adunan telah mulai pekat dan berbunyi blurp blurp, masukkan mentega. Kacau rata, matikan api. Basahkan acuan dengan air biasa & tuang adunan. Bekukan & boleh disimpan dalam peti ais. Sedap dimakan sejuk.

Nasi Ayam Karamel yang sedap, kesukaan keluarga

Bismillah.. Maaf kawan2, gambar makanan lalu lalang lagi..ini pun cerita beberapa bulan lepas. Sue sekadar berkongsi resepi & memberi idea utk dicuba oleh kwn2. Nasi Ayam Karamel... jgn risau, tak manis sbb kita bukan minum air gula hihi.. Nasi Ayam Karamel Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam Karamel 1 ekor ayam (boleh potong kecil @ boleh juga seekor) 2 senduk gula pasir 5 ulas bawang putih ditumbuk halus 1 inci halia ditumbuk halus 1 helai daun pandan Secubit garam Air secukupnya (agak2 tenggelam ayam) -masukkan gula dalam periuk dan hidupkan api. Masak hingga gula cair dan menjadi perang (karamel). Tambahkan air, bawang putih, halia, daun pandan, garam serta ayam. Rebus hingga ayam masak. Tutupkan api dan biar ayam terendam di dalamnya. (Sue biarkan terendam lebih kurang 2-3 jam). Panaskan minyak, gorengkan ayam sekejap, tak perlu lama kerana ayam telah pun masak waktu kita merebus tadi. Kicap 1 cawan air rebusan ayam karamel 1/4 cawan kicap (anggaran) 1 sk sos tiram -masak...

Kuih Lapis Tradisional yang mudah

Bismillahirrahmanirrahim.. . Antara kuih muih yang menjadi pilihan dalam bulan puasa, kali ini buat separuh dari adunan di bawah dan menggunakan acuan kecil-kecil. Senang tak perlu dipotong lagi. Kalau nak buat banyak, boleh gunakan loyang segiempat saiz 7 in x 7 in. Kuih Lapis Oleh : Surianti Ramli (Loyang 7in x in) Sukatan metrik Bahan-bahan : 2 cawan tepung beras 4 cawan santan (hasil campuran santan pekat bersama air) 2 sb tepung gandum 2 sb tepung jagung 1 cawan gula pasir 1/2 sk garam Pewarna merah + perisa ros Cara penyediaan : 1. Satukan semua bahan di atas. Whisk sebati. 2. Tapiskan adunan. 3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan pada warna asal, satu lagi dicampur pewarna merah dan sedikit perisa ros. 4. Sapukan loyang/acuan dengan minyak. 5. Panaskan periuk kukusan terlebih dulu. Tutup tudung periuk dengan kain tebal. 6. Mulakan melapis berselang seli putih dan merah mengikut kreativiti masing-masing. Setiap kali melapis, kukus selama 5 - 7 minit dalam...

Karipap Pusing Step by Step

Bismillahirrahmanirrahim.. Utk resepi & langkah2 boleh view gambar. Ini cara emak Sue buat karipap pusing, memang buat niaga. Tapi sangatlah berbeza kualiti dan rupa dengan yang Sue buat ni. Apa pun, perlu banyak latihan untuk menjadikannya kemas kerana karipap pusing ni agak banyak kerenah berbanding karipap biasa. Salah buat, nanti tak nampak pusingnya. Atau pun bila digoreng hanya jadi rangka, habis terkeluar inti. Sue sendiri pun buat berkali2, dah berkilo tepung masuk tong sampah. Kelakar pun ada juga, bila tengok emak buat nampak senang. Seperti Sue sebut tadi, mesti selalu latih untuk nampak cantik dan sedap. Maaf kawan-kawan, kali ini gambar semua pakai handphone je gara-gara bateri kamera habis tak sedar. Tak sempat nak cas semula. Karipap Pusing step by step (cara emak saya) Oleh : Surianti Ramli Doh A 2 cawan tepung gandum 1/4 cawan minyak masak  1/2 cawan air sejuk dari peti ais Secubit garam -panaskan minyak, buat lubang pada bahagian tengah besen yang men...

Marble Butter cake yang sedap, tak jemu dimakan dan tutorial membuat belang pada kek

Bismillahirrahmanirrahim.. . Blog hampir bersawang, Sue sibuk dengan projek biskut raya,  alhamdulillah hari ini berkesempatan update blog. Cerita beberapa minggu lepas,setelah balik kenduri, masih lapar. Buatlah kek ni.. sebenarnya resepi ini sama saja seperti kek marble biasa. Menggunakan resepi basic cake. Marble Butter Cake (loyang bulat 8 inci) Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 225 g butter (saya guna unsalted Anchor) 200 g gula castor  4 biji telur gred A 1 sk esen vanila 50 ml susu segar 225 g tepung superfine * 1 sk baking powder * 2 sb serbuk koko Bahan bertanda * di atas disatukan dan diayak Cara penyediaan : - pukul butter dan gula hingga kembang dan warnanya berubah menjadi pucat. -masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. -masukkan esen vanila. -masukkan susu segar berselang seli dengan bahan ayak hingga habis. Kacau sebati. -bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan serbuk koko dan warna asal. -griskan loyang. Alas deng...

Pulut Seri Muka sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Cerita beberapa hari lepas, Pulut Seri Muka untuk anak2 minum petang & hubby berbuka, alhamdulillah..  Seri Muka (loyang 8in x 8in) Oleh : Surianti Ramli Lapisan bawah 2 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam 30 minit, toskan 1 cawan santan 1 cawan air Secubit garam -panaskan periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit. Kacau sebati dan tekan-tekan supaya padat di dalam loyang. Lapisan atas 3 biji telur 3/4 cawan tepung gandum 3/4 cawan gula pasir 1 cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan bersama air, tapiskan) 1 1/4 cawan santan Beberapa titis pewarna hijau -satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan. -masak atas api perlahan sambil mengacau selama 2 - 3 minit (naik wap). Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan seri muka akan jadi tidak licin. Cara : Tuangkan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air meni...

Mini Quiche Roti yang sedap dan ringkas, step by step

Bismillahirrahmanirrahim.. Sarapan pagi yang sedap, mudah & mengenyangkan. Mini Quiche Roti Oleh : Surianti Ramli Bahan A 8 keping roti -gelekkan dengan rolling pin supaya rata, tekap bentuk bulat dan ketepikan. Bahan B (inti) 2 batang sosej dipotong kecil atau boleh juga gunakan daging kisar 1/2 labu bawang besar didadu kecil 1 sb mentega -cairkan mentega, masukkan bawang dan kacau hingga harum. Masukkan sosej (atau daging kisar). Kacau anggaran 3 minit, matikan api. Bahan C (sos telur) 2 biji telur ayam 1/3 cawan susu segar 1 sb lada hitam serbuk Secubit garam -satukan semua bahan, kocok sebati menggunakan garfu Bahan D (tabur) Sedikit daun sup dihiris halus Cheese mozarella parut Cara penyediaan : 1. Panaskan oven terlebih dahulu. Griskan loyang muffin dengan mentega. Letakkan roti yang telah digelek tadi. Tekan perlahan supaya roti memenuhi loyang muffin. 2. Sudukan bahan B (inti) ke dalam roti. Penuhkan bahan C (sos telur) ke dalamnya. Tabur bahan D. J...