JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, April 9, 2016

Mini Quiche Roti yang sedap dan ringkas, step by step

Bismillahirrahmanirrahim..
Sarapan pagi yang sedap, mudah & mengenyangkan.

Mini Quiche Roti
Oleh : Surianti Ramli
Bahan A
8 keping roti
-gelekkan dengan rolling pin supaya rata, tekap bentuk bulat dan ketepikan.

Bahan B (inti)
2 batang sosej dipotong kecil atau boleh juga gunakan daging kisar
1/2 labu bawang besar didadu kecil
1 sb mentega
-cairkan mentega, masukkan bawang dan kacau hingga harum. Masukkan sosej (atau daging kisar). Kacau anggaran 3 minit, matikan api.
Bahan C (sos telur)
2 biji telur ayam
1/3 cawan susu segar
1 sb lada hitam serbuk
Secubit garam
-satukan semua bahan, kocok sebati menggunakan garfu
Bahan D (tabur)
Sedikit daun sup dihiris halus
Cheese mozarella parut
Cara penyediaan :
1. Panaskan oven terlebih dahulu. Griskan loyang muffin dengan mentega. Letakkan roti yang telah digelek tadi. Tekan perlahan supaya roti memenuhi loyang muffin.
2. Sudukan bahan B (inti) ke dalam roti. Penuhkan bahan C (sos telur) ke dalamnya. Tabur bahan D. Jika sukakan cheese, boleh letak banyak.

3. Segera masukkan quiche roti ini ke dalam oven untuk mengelakkan telur meresap ke dalam roti.
4. Bakar hingga masak pada suhu 160'C selama 30 minit. (Bergantung pada suhu & masa oven masing-masing).


Yummy !