Skip to main content

Nasi Ayam Karamel yang sedap, kesukaan keluarga

Bismillah..
Maaf kawan2, gambar makanan lalu lalang lagi..ini pun cerita beberapa bulan lepas. Sue sekadar berkongsi resepi & memberi idea utk dicuba oleh kwn2.
Nasi Ayam Karamel... jgn risau, tak manis sbb kita bukan minum air gula hihi..



Nasi Ayam Karamel
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :

Ayam Karamel
1 ekor ayam (boleh potong kecil @ boleh juga seekor)
2 senduk gula pasir
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 inci halia ditumbuk halus
1 helai daun pandan
Secubit garam
Air secukupnya (agak2 tenggelam ayam)
-masukkan gula dalam periuk dan hidupkan api. Masak hingga gula cair dan menjadi perang (karamel). Tambahkan air, bawang putih, halia, daun pandan, garam serta ayam. Rebus hingga ayam masak. Tutupkan api dan biar ayam terendam di dalamnya. (Sue biarkan terendam lebih kurang 2-3 jam). Panaskan minyak, gorengkan ayam sekejap, tak perlu lama kerana ayam telah pun masak waktu kita merebus tadi.

Kicap
1 cawan air rebusan ayam karamel
1/4 cawan kicap (anggaran)
1 sk sos tiram
-masak sekejap atas api hingga mendidih.

Sos Cili
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 sb sos tomato
1/2 inci halia
1 sk cuka
Sedikit air
Garam/gula secukup rasa
-satukan semua bahan di atas (kecuali garam/gula), kisar halus. Masak di atas api hingga didih. Masukkan garam/gula secukup rasa.

Nasi
4 pot beras dicuci bersih dan ditoskan
5 ulas bawang putih dikisar halus
1 labu bawang besar dikisar halus
1 kiub pati ayam
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
1 helai daun pandan
2 sb mentega
1 st kunyit serbuk (kalau tak mahu nasi jadi kuning, tak perlu letak)
Garam secukupnya
5 1/2 cawan air (sup ayam)
*sukatan air mengikut jenis beras masing-masing, beras kami jenis keras
-masukkan semuanya dalam periuk nasi dan masak seperti memasak nasi biasa. Siap. (Cara Sue memasak nasi ayam memang tidak menumis, hasilnya sama seperti kita tumis juga)

Bahan tambahan lain :
-sup ayam
-sayur yang bersesuaian seperti daun salad, timun, buah tomato atau kobis.

Comments

Popular posts from this blog

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan : 1 paket spaghetti 1 tin sos prego tradisional 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato) 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin) Garam Gula Air secukupnya 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) Minyak zaitun Cara masak : Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Kuah spaghetti 1. Panaskan sedikit minyak zaitu...

Sagu Gula Melaka mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hari ini masak sup ayam untuk orang yang baru baik demam, dessert nya pula yang mudah saja. Biasanya Sue buat banyak dan simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk, sedap ! Sagu Gula Melaka Oleh : Surianti Ramli Bahan sagu : 1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Bahan Gula Melaka : 1 ketul gula melaka (saya pakai yang jenis besar, beratnya 250 gm) 1 cawan air 1 helai daun pandan disimpul -masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan. Bahan lain : 1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *boleh juga gantikan susu dengan santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam Cara penyediaan : 1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...