Skip to main content

Kuih Lapis Tradisional yang mudah

Bismillahirrahmanirrahim...
Antara kuih muih yang menjadi pilihan dalam bulan puasa, kali ini buat separuh dari adunan di bawah dan menggunakan acuan kecil-kecil. Senang tak perlu dipotong lagi. Kalau nak buat banyak, boleh gunakan loyang segiempat saiz 7 in x 7 in.



Kuih Lapis
Oleh : Surianti Ramli
(Loyang 7in x in)
Sukatan metrik

Bahan-bahan :
2 cawan tepung beras
4 cawan santan (hasil campuran santan pekat bersama air)
2 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/2 sk garam
Pewarna merah + perisa ros

Cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan di atas. Whisk sebati.
2. Tapiskan adunan.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan pada warna asal, satu lagi dicampur pewarna merah dan sedikit perisa ros.
4. Sapukan loyang/acuan dengan minyak.
5. Panaskan periuk kukusan terlebih dulu. Tutup tudung periuk dengan kain tebal.
6. Mulakan melapis berselang seli putih dan merah mengikut kreativiti masing-masing. Setiap kali melapis, kukus selama 5 - 7 minit dalam api yang kuat. Ulangi proses yang sama hingga adunan habis. Pada lapisan terakhir, kukus selama 10 minit. Kemudian buka tudung periuk dan biarkan kuih dikukus selama 5 minit lagi tanpa tudung. Tujuannya untuk mengeringkan air pada permukaan kuih.
6. Tunggu sehingga betul-betul sejuk barulah dipotong/dikeluarkan dari acuan.

Comments

Popular posts from this blog

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan : 1 paket spaghetti 1 tin sos prego tradisional 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato) 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin) Garam Gula Air secukupnya 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) Minyak zaitun Cara masak : Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Kuah spaghetti 1. Panaskan sedikit minyak zaitu...

Sagu Gula Melaka mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hari ini masak sup ayam untuk orang yang baru baik demam, dessert nya pula yang mudah saja. Biasanya Sue buat banyak dan simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk, sedap ! Sagu Gula Melaka Oleh : Surianti Ramli Bahan sagu : 1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Bahan Gula Melaka : 1 ketul gula melaka (saya pakai yang jenis besar, beratnya 250 gm) 1 cawan air 1 helai daun pandan disimpul -masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan. Bahan lain : 1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *boleh juga gantikan susu dengan santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam Cara penyediaan : 1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...