Skip to main content

Posts

Roti Canai Homemade

Biasanya kalau kita beli, kita tidak tahu bahan yang digunakan..tapi kalau buat sendiri, boleh pakai bahan-bahan terpilih seperti minyak jagung dan mentega tanpa kolestrol..apa kata sesekali kita cuba, kan.. Bismillahirrahmanirrahim.. Roti Canai Homemade Oleh : Surianti Ramli Bahan A : 3 cawan tepung gandum 2 sb marjerin (saya guna daisy tanpa kolestrol) 2 sb gula 1 cawan air 1/2 sk garam Bahan B : 3 sb marjerin (digunakan sedikit untuk menyalut doh dan sebahagian lagi untuk menggoreng roti canai) Sedikit minyak masak -saya guna minyak jagung Cara penyediaan : -satukan semua bahan A. Air dituang sikit-sikit dan uli hingga licin. Kelembutan doh adalah seperti kita membuat donut. Tak perlu habiskan air jika doh sudah tidak melekat di tangan. (Saya uli menggunakan mixer) -bulatkan doh sebesar bola ping pong (ikut saiz kesukaan sendiri) dan salut setiap bulatan doh dengan sedikit marjerin. Perap semalaman atau 4 hingga 6 jam. -ambil bebola doh dan renjis sedikit minyak. ...

Sayur Campur kesukaan anak-anak

Sayur Campur Oleh : Surianti Ramli Bahan- bahan : Bunga Kobis Brokoli Karot Lain-lain sayur yang sesuai seperti putik jagung 2 cawan air Secubit garam 1 sb minyak jagung -sayur dipotong mengikut kesukaan anda dan dicuci bersih. -didihkan air bersama garam dan minyak jagung. Celur sekejap sayur tadi anggaran 1 - 2 minit. Angkat dan toskan. Lalukan air biasa sekejap untuk mengekalkan kerangupan sayur, Ketepikan. Bahan lain  Sedikit udang (boleh gantikan dengan daging atau ayam) 3 ulas bawang putih didadu 1 labu bawang besar dipotong bulat atau potong baji 1 biji cili merah 1 cawan air 1 sb sos tiram Sedikit minyak untuk menumis Garam secukup rasa 1 sb tepung jagung + 5 sb air biasa (kacau larut) -panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili merah. Kacau hingga layu. Masukkan udang dan 1 cawan air. Masukkan juga garam bersama sos tiram. Biar mendidih. Kemudian masukkan campuran tepung jagung dengan 5 sb air tadi (tujuannya untuk memek...

Ayam Masak Kicap Berempah

Ayam Masak Kicap Berempah Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 1 ekor ayam dipotong mengikut kesukaan Garam dan kunyit -perisakan ayam dengan garam dan kunyit. Biar sekejap dan goreng ayam hingga masak. Bahan kisar 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 10 tangkai cili kering Bahan tumis Rempah 4 sekawan (Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) 1 batang serai diketuk 1 senduÄ· minyak masak Bahan lain 2 sb kicap pekat 2 sb kicap manis 1 sb sos tiram Sedikit air Garam dan gula secukup rasa Cara masak : Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis hingga harum. Kemudian masukkan bahan kisar. Biar hingga cili benar-benar masak. Masukkan bahan lain bersama ayam goreng, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. Biar mendidih dan kuah sedikit pekat. Tutup api.

Kek Marble Susu sedap sukatan cawan

Kek Marble Susu ni sebenarnya Sue buat minggu lepas. Tapi belum sempat nak update dalam blog waktu itu disebabkan sibuk dengan penyediaan kertas peperiksaan akhir tahun..hari ini baru berkesempatan..kebetulah sekolah dicutikan kerana masalah jerebu..sambil duduk2 je dalam rumah, sambil update blog.. Sedap tau kek ni..rasa lembab2 susu pekat dan mudah pula membuatnya, sukatan pun menggunakan sukatan cawan je....tak sempat nak ambil gambar banyak..sekali hadap makan..kalau anda baru nak cuba, boleh buat setengah adunan dari resepi di bawah ya.. Kek Marble Susu Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 ketul butter (Sue guna pure butter Anchor) 3/4 cawan gula kastor 1/2 cawan susu pekat 4 biji telur (Sue guna saiz A) 2 1/2 cawan tepung gandum * 1 sk baking powder * 2 sb serbuk koko Bahan bertanda * disatukan dan diayak Cara penyediaan : -pukul butter dan gula hingga kembang dan putih. -masukkan susu pekat. -masukkan telur satu demi satu sambil dipuku...

Cucur jagung rangup di luar lembut di dalam

Bismillahirrahmanirrahim.. Cucur jagung rangup di luàr lembut di dalam utk minum petang..sepinggan sekejap je licin. Sebelum ini Sue pernah share resepi cucur udang yang kekal lembut walau pun seharian, kali ini cucur jagung pula..lain sikit caranya. Tapi hasilnya, sedap ! Kalau nak buat cucur udang guna resepi ini pun boleh, hanya gantikan jagung dengan udang je.. Cucur Jagung Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 2 1/2 cawan tepung gandum 1 cawan air panas 1 cawan air biasa 1 biji telur 1 sb gula 1 sb cuka 1 sk serbuk kunyit Kucai, bawang besar yang dipotong dadu, setongkol jagung diambil isinya. Secubit garam Cara penyediaan : -satukan tepung dan air panas, gaul rata. -masukkan bahan lain & gaul sebati. -biar sekejap dan boleh digoreng dengan minyak panas.

Masak Lemak Cili Padi Ikan Tongkol

Masak Lemak Cili Padi Ikan Tongkol (ini cara saya) Oleh : Surianti Ramli 2 ekor ikan tongkol Sedikit garam dan kunyit -ikan diperisakan dengan garam dan kunyit dan digoreng hingga masak. Ketepikan. 15 tangkai cili padi 1 ruas kunyit 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih -semua bahan diatas dikisar halus 1 batang serai diketuk Asam keping (saya guna 3 keping je) 2 cawan santan (Sedikit air jika perlu) Garam secukup rasa Timun dipotong serong -jika suka Cara penyediaan : -masukkan bahan kisar bersama serai, asam keping dan santan ke dalam periuk. Didihkan dalam api perlahan. -masukkan garam, timun serta ikan. Masak hingga sebati. Siap.

Chocolate Brownies aka Brownies Kedut

Antara fenomena FB tidak berapa lama dulu, Brownies Coklat Kedut..sedap rupanya, tak hairanlah ramai kawan2 yang telah pun mencuba dan anda juga harus cuba. Rasai sendiri, bukan rasa seperti kek coklat tau..pendek kata memang sedaplah hihi.. Resepi ini Sue copy paste dari shabat FB Chocolate Brownies Sumber : Mariana Zainal Dicuba oleh : Surianti Ramli Resipinya (loyang saiz 10x10'inci) Bahan A 400g coklat masakan ( potong kasar) 150g mentega(sy guna butter) (Cairkan bahan di atas secara double boiler.. . ketepikan) Bahan B 100g gula perang (sy guna 80g jer) 100g gula kastor ( sy guna 80g jer) 4 bj telur 1 sdt esen vanilla (Satukan bahan B dan kacau sebati guna senduk atau whisk.. .tidak perlu pukul yer) Bahan C 100g tepung naik sendiri 30g serbuk koko (Ayak bersama bahan C) Caranya Masukkan bahan B ke dalam bahan A.. kacau hingga sebati guna senduk@ whisk... Masukkan bahan C.. . kacau lagi bagi sebati.. . Sapukan mentega dlm loyang ( loyang 10'x10...