Biasanya kalau kita beli, kita tidak tahu bahan yang digunakan..tapi kalau buat sendiri, boleh pakai bahan-bahan terpilih seperti minyak jagung dan mentega tanpa kolestrol..apa kata sesekali kita cuba, kan.. Bismillahirrahmanirrahim.. Roti Canai Homemade Oleh : Surianti Ramli Bahan A : 3 cawan tepung gandum 2 sb marjerin (saya guna daisy tanpa kolestrol) 2 sb gula 1 cawan air 1/2 sk garam Bahan B : 3 sb marjerin (digunakan sedikit untuk menyalut doh dan sebahagian lagi untuk menggoreng roti canai) Sedikit minyak masak -saya guna minyak jagung Cara penyediaan : -satukan semua bahan A. Air dituang sikit-sikit dan uli hingga licin. Kelembutan doh adalah seperti kita membuat donut. Tak perlu habiskan air jika doh sudah tidak melekat di tangan. (Saya uli menggunakan mixer) -bulatkan doh sebesar bola ping pong (ikut saiz kesukaan sendiri) dan salut setiap bulatan doh dengan sedikit marjerin. Perap semalaman atau 4 hingga 6 jam. -ambil bebola doh dan renjis sedikit minyak. ...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...