JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, December 2, 2015

Nasi Beriani resepi mudah dan sedap ala-ala nasi kenduri

Bismillahirrahmanirrahim..
Agak lama sebenarnya Sue tak masak nasi beriani, tapi musim cuti sekolah ni ada banyak masa di rumah, terlaksana juga hajat untuk memasak nasi beriani. Seperti biasa, resepi Sue yang mudah saja. Tapi rasanya alhamdulillah sedap. Anak2 dan hubby cakap dah macam rasa nasi kenduri hihihi...

Gambar dari dalam periuk


Nasi Beriani
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (cuci bersih dan rendam 30 minit)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 inci halia dimayang
2 helai daun pandan disimpul
1/2 peket perencah nasi beriani Faiza (dijadikan pes iaitu ditambah 1/4 cawan air)
1 kiub pati ayam
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 sb minyak sapi  + 1 sb minyak masak (untuk menumis)
Rempah 4 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak  (dengan periuk biasa) :
Cairkan minyak sapi. Masukkan minyak masak. Bila telah panas, tumiskan bawang besar, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan.  Bila telah wangi, masukkan pes perencah nasi beriani dan kiub pati ayam. masukkan juga garam serta gula. Kacau sebekejap dan masukkan beras. Kacau perlahan anggaran 2 minit. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan air bersama susu cair. On kan plug dan tunggu hingga nasi masak. Kaedahnya seperti memasak nasi biasa.  Jika suka, boleh ditaburkan gajus, kismis, daun sup/daun bawang, daun pudina serta bawang goreng. di atas nasi.



Ayam Masak Merah
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan. (lumur garam dan kunyit)
4 senduk cili kisar (jika suka pedas, boleh ditambahkan lagi)
2 labu bawang besar dikisar
1 biji buah tomato dikisar
1 labu bawang besar dipotong baji atau potong bulat
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air jika perlu

Bahan tumis
4 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang,putih dihiris nipis
1 inci halia diracik halus

Cara masak :
1. Goreng ayam hingga masak keemasan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Bila telah naik baunya, masukkan cili kisar, bawang kisar, buah tomato kisar dan sedikit air (jika perlu).
4. Masak dalam api perlahan hingga mendidih, masukkan garam serta gula.
5. Masukkan ayam goreng serta bawang besar yang dipotong baji dan masak hingga pecah minyak.

Hiasan untuk tabur atas ayam masak merah
Kacang peas
Sebiji tomato dipotong 8 bahagian



Sedap dimakan bersama dalca, acar timun atau pun acar timun bersama nenas.
Selamat mencuba.