Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, November 30, 2016

Chicken Chop yang sedap, mudah dimasak dan menjadi kegemaran keluarga

Bismillahirrahmanirrahim..
Jom makan malam dengan menu ala barat, antara menu yang mendapat rating tertinggi dalam blog Sue, menjadi kesukaan anak-anak dan mudah cara penyediaannya. Dulu Sue pernah post kan resepi ini dan mendapat maklumbalas yang baik dari kawan-kawan yang setia mengunjungi blog Sue.
Alhamdulillah.


Chicken Chop
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan
Ayam :
5 keping paha ayam (buang tulang)
5 ulas bawang putih dipotong dadu
2 sb serbuk lada putih
2 biji telur dipukul dgn garfu
Bread crumb (serbuk roti, boleh dibeli dikedai peralatan bakeri)
Sedikit tepung gandum
-gaulkan ayam dgn bawang putih & lada putih, perap 1 - 2 jam.
-lumurkan ayam dgn tepung gandum.
-celupkan ayam dlm telur.
-golekkan dlm serbuk roti.
-goreng dlm minyak panas hingga masak.
*kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudian goreng hingga masak.
Sauce/Kuah Chicken Chop :
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 cawan Brown Sauce Demi Glace (saya guna jenama Knorr, boleh dibeli di kedai bakeri, Tesco dll)
3 cawan air
5 - 7 biji cendawan butang dalam tin dipotong kecil
2 sb lada hitam ditumbuk halus
1 sb mentega untuk menumis
-satukan kedua jenis bawang, kisar halus. Ketepikan.
-satukan air & Brown Sauce. Kacau sebati supaya tidak berketul.
-panaskan mentega hingga cair. Tumis bawang hingga sedikit garing & harum baunya.
-masukkan campuran brown sauce & air tadi. Masukkan cendawan butang & juga serbuk lada hitam. Masak dalam api perlahan, sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila kuah mulai pekat & didih, tutupkan api.
*tak perlu masukkan garam atau gula kerana brown sauce telah cukup rasanya.
*jika kuah terlalu pekat, boleh tambah 1/2 cawan air panas, masak sekejap atas api.
Bahan Coleslaw :
1/4 biji kobis (saiz kecil)
1/2 batang karrot
1/4 biji capsicum
5 sb mayonis (anggaran sahaja, lebihkan jika suka)
1 - 2 sb air perahan limau
-semua bahan sayur dipotong kecil. Gaulkan bersama mayonis, gula & air perahan limau hingga sebati secukup rasa. Simpan dlm peti sejuk.
Bahan lain :
Kentang Goreng
Daun salad
Hirisan buah tomato
Brokoli -hanya brokoli dicelur dalam air panas sekejap, yang lain tak perlu celur.


No comments:

Post a Comment