JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, February 22, 2014

Kuih Lompang resepi ibu mertuaku...Sedap !

Selamat berhujung minggu semua. Asyik buat kek je ya...
Hari ni Sue masak kuih lompang resepi dari mak mertua. Dulu masa kecik, Sue selalu tertanya-tanya. Kenapa dinamakan lompang ? Bila dah besar, baru tahu. Rupanya bila kita masak (kukus) kuih lompang ni, akan terbentuk lubang pada bahagian tengahnya. Itulah lompang. Asal usul namanya. Kalau ada yang buat kuih ni tak jadi lubang tu, bermakna tak menjadilah.
InsyaAllah resepi Sue ini pasti jadi. Kalau orang yang tak pernah buat pun, jangan risau. Ikut betul-betul resepi ni ya..


Kuih Lompang
oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 1/2  cawan air
 3 helai daun pandan

Hiasan di atas lompang :
Kelapa parut yang putih
secubit garam halus
1 helai daun pandan
-gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap

Cara masak :
1. Satukan gula merah, gula pasir  serta 1 1/2  cawan air. Masak  bersama daun pandan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur dan 1 cawan air. Gaul sebati. Masukkan air gula yang disejukkan tadi dan kacau lagi hingga sebati semuanya.
3. Panaskan periuk kukusan. Sendukkan bancuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10 minit atau pun sehingga masak.
4. Angkat kuih lompang yang telah masak dan rendam separuh tenggelam dalam air biasa. Tujuannya supaya cepat sejuk dan mudah mengeluarkan lompang dari acuan.
5. Keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu secara berhati-hati. Letakkan kelapa parut di atasnya.

* ada juga petua yang pernah Sue dengar supaya menyapu acuan lompang dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan supaya senang tanggal dari acuan. Jika anda tidak suka cara begini, boleh ikut petua cara yang Sue buat di atas iaitu merendamnya dalam air supaya sejuk.




Sedap ! Jom makan. Bismillah...

Sunday, February 16, 2014

Snow Cheese Cake untuk wedding anniversary yang ke 17 tahun...

Assalam dan selamat sejahtera semua. Snow Cheese Cake ni Sue buat sempena sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke 17  tahun pada 14 Februari yang lalu. Sebenarnya, tarikh berkenaan jatuh pada hari Jumaat. Hari bekerja dan ditambah pula semua orang dalam rumah ni kurang sihat, terpaksa tangguhkan dulu. Badan rasa lemah lagi, tapi dah boleh bangun buat kek. Alhamdulillah...
Dulu Sue pernah sekali buat kek ni. Boleh tengok resepinya di sini dalam sukatan cawan. Kali ini Sue  buat dalam timbangan metrik. Anda cubalah ya... Senang dan sedap sangat ! 




Snow Cheese Cake (sangat sedap)

100 g tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek)
60 g tepung jagung
75 g  gula kastor
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovalette
6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji  dibuang putihnya)
50 ml  air dari peti sejuk 
75 g mentega (dicairkan)

Cara:
1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga  gebu dan putih anggaran 5 - 7 minit. 
2.  Masukkan mentega cair dan dipukul lagi anggaran 3 - 5 minit.
3. Alaskan loyang bulat yang berukuran diameternya 8 inci dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tadi. 
4. Panaskan ketuhar terlebih dulu. Bakar  pada suhu 150'C selama 50-60 minit bergantung pada jenis ketuhar anda.
5. Sejukkan kek.

Bahan Cream:
250g Cream Cheese (Sue gunakan jenamaTatura)
1 cawan susu pekat manis
Satukan bahan krim di atas dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan kental.
Sekiranya anda ingin membuat lava cheese cake/cheese leleh, sila tambahkan 1/4 cawan susu segar dalam bahan cream ini dan putarkan bersama-sama hingga sebati.

Bahan Hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese diparut halus.

Cara penyediaan:
1. Sejukkan kek terlebih dahulu selepas dibakar, potong kek menjadi dua lapisan.
2. Sapukan cream cheese diatas lapisan pertama.  
3. Lapiskan dengan bahagian kek yang lagi satu , sapukan baki cream cheese melitupi keseluruhan kek.
4. Parutkan cheddar cheese dan tabur sepenuhnya pada kek.
5. Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum dipotong.

Selamat mencuba.

Wednesday, February 5, 2014

Chocolate Chip Cuppies yummy !

Entry tertangguh ( buat 3 minggu lepas rasanya), sesuai untuk minum petang atau pun breakfast pun boleh. Anak-anak memang suka sebab ada coklat chips tu.




Chocolate Chip Cuppies 

Bahan-bahan :
2 cawan tepung blue-key (self raising flour) *
1/2 cawan serbuk koko*
1 sudu teh baking powder*
3 biji telur
1 cawan gula castor
3/4 buku butter
1 cawan chocolate chip (1/2 cawan untuk dimasukkan dalam adunan dan bakinya untuk ditabur atas cupcake sebagai hiasan)
1 1/4 cawan susu cair
3 sudu teh esen vanilla

#chocolate chip - sila lebihkan jika suka#

Cara Penyediaan :
1. Satukan dan ayak bahan bertanda *. Ketepikan.
2. Pukul butter bersama gula hingga putih dan kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi.
3. Masukkan esen vanilla, tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair hingga habis. Putar sebati. Campurkan 1/2 cawan chocolate chip. Kacau secara kaup balik.
4. Panaskan oven pada suhu 170'C.
5. Sudukan adunan ke dalam cup kertas sehingga memenuhi 2/3 cup. Taburkan chocolate chip sebagai hiasan di atas cupcake. Bakar selama 15 - 20 minit.

Selamat mencuba !