Skip to main content

Nasi Daging Utara, menu orang utara

Menu ni antara yang popular di utara. Dulu waktu Sue kecil, kalau pergi rumah kenduri, memang inilah menu nya. Makan dalam talam besar, cicah pula air asam. Aduhhh...sedapnya. Sekarang ni, kalau kenduri hari raya korban pun kebanyakannya akan menghidangkan menu ini juga.
Ada banyak resepi untuk memasak nasi daging ni sebenarnya. Resepi yang Sue letak di sini, cara Sue sendiri mengikut citarasa family. Lain orang, lain caranya. Kita tidak boleh mengatakan resepi orang lain salah. Kita yang masak, terpulang citarasa masing-masing. Betul tak ?
Ok. Dah tak tahu nak berceloteh lagi. Jom kita masak.



Nasi Daging Utara
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :

4 pot beras biasa
-dicuci bersih dan ditoskan.

1 kg daging
-dipotong, cuci bersih dan direbus empuk dengan sup bunjut. Ketepikan. Airnya jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi.

Bahan tumis :
2 sb mentega @ 2 sb minyak masak
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
5 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
2 inci halia diracik halus
2 helai daun pandan disimpul

Bahan kisar :
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1/2 sudu teh jintah putih
1 st ketumbar
-sangai bahan di atas hingga harum baunya. Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit dan kisar halus.
*jika tiada bahan di atas, anda boleh gantikan dengan 2 sb rempah kurma.
Campurkan bahan kisar atau rempah kurma dengan sedikit air dan jadikan pes yang pekat.

Bahan lain
Garam
Gula
1/2 pot susu cair
Sukat air rebusan daging tadi, jadikan 4 1/2 pot
(Campuran :  1/2 pot susu cair + 4 1/2 pot air rebusan daging)

Cara masak :
1. Cairkan mentega dan panaskan minyak. Tumiskan daun pandan dan rempah 4 sekawan. Bila telah harum baunya, masukkan bawang dan halia.
2. Masukkan pes bahan kisar. Kacau sekejap. Masukkan beras dan kacau anggaran 2 -3 minit.
3. Masukkan campuran air rebusan daging dan susu cair. Juga masukkan daging rebus tadi. (Daging dan nasi dimasak bersama)
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masak seperti memasak nasi biasa.
6. Bila nasi telah masak, gemburkan dengan garfu untuk mengelakkan nasi pecah.
7. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan juga bawang goreng.
Makan bersama air asam.

Resepi air asam di sini (sila click)



Comments

Popular posts from this blog

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan : 1 paket spaghetti 1 tin sos prego tradisional 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato) 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin) Garam Gula Air secukupnya 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) Minyak zaitun Cara masak : Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Kuah spaghetti 1. Panaskan sedikit minyak zaitu...

Sagu Gula Melaka mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hari ini masak sup ayam untuk orang yang baru baik demam, dessert nya pula yang mudah saja. Biasanya Sue buat banyak dan simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk, sedap ! Sagu Gula Melaka Oleh : Surianti Ramli Bahan sagu : 1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Bahan Gula Melaka : 1 ketul gula melaka (saya pakai yang jenis besar, beratnya 250 gm) 1 cawan air 1 helai daun pandan disimpul -masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan. Bahan lain : 1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *boleh juga gantikan susu dengan santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam Cara penyediaan : 1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...