Skip to main content

Donut Gebu, lembut dan sudah pastinya sedap

Sedap betul donut hari ni. Memang donut antara makanan kegemaran family Sue terutamanya si bongsu, Amirul. Sekejap je dah habis. Seronok rasanya bila tiap kali masak, bila family kita menikmati dengan sepenuh hati...alhamdulillah. Bertambah semangat untuk memasak.


Donut Gebu
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 cawan tepung high protein
1 sb mentega 
2 sb susu pekat manis ( atau 1sb susu tepung + 1 sb gula)
2 sudu teh yis 
1/2 cawan air suam (air suam digunakan untuk kaedah uli tangan, jika uli dengan mixer boleh gunakan air sejuk dari peti ais)
secubit garam 
Gula kaster untuk ditabur atas donut

Cara-cara :
Kaedah uli menggunakan tangan ,
1. Letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika anggaran 5 minit atau hingga berbuih untuk menghidupkan yis.
2. Satukan tepung, marjerin, susu pekat manis dan garam.
3. Masukkan air suam barcampur yis tadi. Uli sebati hingga doh (tidak melekat di tangan) jadi licin dan kenyal.
3. Bentukkan donut mengikut citasara masing2. Biarkan donut tadi selama 40 minit atau naik 2 kali ganda. Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak panas. Bila telah suam, tabur dengan gula kaster.

*Kaedah uli menggunakan mixer, 
1. Masukkan bahan kering diikuti bahan basah. Uli bermula speed perlahan dan kemudian lajukan speed. Teruskan menguli hingga doh jadi licin dan kenyal.
2. Bentukkan donut dan biar hingga donut mengembang 2 kali ganda.
3. Panaskan minyak (sederhana), bolehlah goreng donut tersebut. Selepas goreng biarkan donut sehingga suam dan tabur gula kaster.  

Catatan : Sue uli menggunakan mixer dan membulatkan donut sebesar bola ping pong. Bila donut naik 2 kali ganda, Sue gunakan jari dan membuat lubang pada bahagian tengahnya. Kemudian barulah digoreng.
Tips untuk donut yang kekal lembut walaupun sejuk adalah menggunakan tepung high protein.

Comments

Popular posts from this blog

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan : 1 paket spaghetti 1 tin sos prego tradisional 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato) 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin) Garam Gula Air secukupnya 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) Minyak zaitun Cara masak : Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Kuah spaghetti 1. Panaskan sedikit minyak zaitu...

Sagu Gula Melaka mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hari ini masak sup ayam untuk orang yang baru baik demam, dessert nya pula yang mudah saja. Biasanya Sue buat banyak dan simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk, sedap ! Sagu Gula Melaka Oleh : Surianti Ramli Bahan sagu : 1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Bahan Gula Melaka : 1 ketul gula melaka (saya pakai yang jenis besar, beratnya 250 gm) 1 cawan air 1 helai daun pandan disimpul -masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan. Bahan lain : 1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *boleh juga gantikan susu dengan santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam Cara penyediaan : 1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...