JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, September 17, 2014

Kerabu taugeh campur dengan perut....resepi emak saya, sedap

Sedap makan nasi hari ni...dah lama tak buat kerabu ni. Makan nasi pun berpinggan-pinggan.



Kerabu Taugeh Dengan Perut
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk perut yang telah siap direbus empuk dan dihiris nipis
2 biji cili merah ditumbuk dengan secubit belacan
3 ulas bawang merah dihiris nipis
1/2 inci halia dimayang halus
1 cawan santan (campurkan santan pekat dengan santan cair)
1 sudu besar penuh kerisik
3 sudu beras yang disangai tanpa minyak dan dikisar halus
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa

Cara penyediaan :
1. Masukkan taugeh dalam mangkuk dan rendam dengan air panas yang baru didih, anggaran 2 - 3 minit. Jangan rendam lama, nanti taugeh jadi lembek. Toskan.
2. Campurkan semua bahan lain dengan taugeh celur tadi. Rasa garam dan asamnya.

Siap !

Catatan :
-boleh gantikan perut dengan kerang rebus.
-tumbuk sedikit cili padi dan gaulkan bersama jika suka pedas.