Bismillahirrahmanirrahim... Misi menghabiskan ceri, maka terjadilah kek ini. Hasil berjalan2 ke blog omputeh. Tapi Sue ubahsuai sedikit dari resepi asalnya mengikut kesesuaian bahan. Cherry Butter Cake Oleh : Surianti Ramli (Loyang 8 x 4 inci) Bahan2 : 125 gram mentega 1/2 cawan gula kastor 2 biji telur gred A 1 sb sunkist 1 1/2 cawan tepung gandum * 1 st baking powder * 1/2 cawan susu segar Hirisan ceri merah dan hijau secukupnya (Sue letak 1/2 cawan) Badam cincang utk tabur di atas kek -bahan bertanda * disatukan dan diayak Cara penyediaan : Ambil 1 sb tepung gandum dan gaul sebati dengan buah ceri. (Ini bertujuan supaya ceri tidak mendap ke bawah kek). Ketepikan dulu. Putar mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi. Masukkan sunkist. Putar sebati. Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Kacau secara kaup balik. Masukkan ceri merah dan hijau yang telah digaul 1 sb tepung gandum tadi. Kacau sebati . Tinggalkan sedikit untuk tabur...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...