Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Tuesday, July 26, 2016

Chicken Pie Step by Step mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim...


Teringin sangat nak makan chicken pie, akhirnya malam ini Sue buat juga. Kebetulan bahan-bahan semua dah ada, apa lagi..terus masuk dapur. Alhamdulillah sedap, rasa ala2 karipap bakar. Yummy !

Chicken Pie
Oleh : Surianti Ramli

Mula-mula kita sediakan filling dulu,

Bahan-bahan untuk filling (inti) :
2 keping dada ayam didadu kecil
5 biji cendawan butang dipotong nipis
1 tin Campbells cream of chicken
1 sb lada putih
1 biji bawang besar didadu
1 biji ubi kentang didadu
1/2 batang karot didadu
1/2 biji lada benggala (capsicum)
2 - 3 sudu minyak jagung
*sedikit air jika perlu (tapi Sue tak letak pun sebab ayam dah keluarkan air)
*sos Campbells telah pun masin, tak perlu tambah garam lagi.


Cara buat filling  (inti) boleh lihat gambar di bawah :

-panaskan 2 atau 3 sb minyak jagung.
-tumis bawang besar hingga harum kekuningan.
-masukkan isi ayam, kacau sedikit.
-masukkan Campbells cream of chicken dan sedikit air jika perlu.
-biar didih sekejap dan ayam telah separuh masak.
-masukkan kentang dan karot dan masak hingga keduanya empuk (sekejap saja)
-masukkan cendawan butang bersama capsicum dan lada putih.
-kacau rata dan matikan api, tekstur filling ini adalah sedikit creamy.
Ketepikan filling dan biar sejuk.


Bahan untuk pastri :
1 cawan air sejuk dari peti ais
3 1/4 cawan tepung gandum
180 g mentega
1 sb gula
1 biji air perahan limau


Cara penyediaan pastri :
-ayakkan tepung, masukkan dalam besen bersama gula dan mentega.
-ramas dengan hujung jari sehingga teksturnya menjadi seperti serbuk roti.
-tuang air sejuk yang telah dicampurkan perahan limau sedikit demi sedikit.
- uli sehingga sebati.Tak perlu habiskan air jika doh telah cantik.
-bahagikan doh kepada 2 bahagian.
-tabur tepung pada papan canai dan ambil satu bahagian doh dan canai nipis. Tak perlu griskan loyang. Masukkan dalam loyang pie jenis loose base saiz 8 inci (boleh dibeli dikedai peralatan bakeri). Potong lebihan doh dan rapikan.
-ambil garfu dan cucuk atasnya. Bakar pastri pada suhu 200'C selama 10-15 minit bergantung pada suhu dan  masa oven masing-masing. (setiap oven tak sama masa dan suhunya)
-keluarkan pastri, biar sedikit suam dan masukkan filling dan ratakan.
-canai 1 bahagian doh lagi dan potong memanjang. Tutup bahagian atas pie dengan cara anyam berselang seli seperti gambar di bawah. Kalau tak mahu anyam seperti ini, boleh terus letakkan sekeping doh yang dicanai tadi dan tutup keseluruhan pie. Tekan dengan garfu pada keliling pie.


Ambil sebiji telur dan kocok rata bersama 1 sb air. Sapu rata ke atas pie. Panaskan oven terlebih duulu dan bakar pie hingga masak pada suhu 180'C selama 15 minit (ikut suhu dan masa oven sendiri)


 Tunggu sejuk, keluarkan dari loyang dan boleh dipotong. (Sue keluarkan semasa suam)




2 comments:

  1. Wahh, klihatan sedap sekali ya. Thanks for sharing this recipe! Klau saya dah cuba, sy update komen ya 😄😄

    ReplyDelete