Skip to main content

Posts

Kuih Cara Berlauk yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. antara menu kegemaran kami sekeluarga..kalau buat ni mesti cepat je habis..alhamdulillah..mudah pula caranya..sesuai untuk sarapan, minum petang ataupun hidangan berbuka puasa. Bismillahirrahmanirrahim.. Kuih Cara Berlauk Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : Bahan A (inti) 100g daging kisar Ramly (atau daging biasa) 1 labu bawang besar -didadu 1 ulas bawang putih - didadu 1 sb rempah kurma 1 sb rempah kari daging 1/2 cawan air 1 - 2 sb minyak untuk menumis Sedikit garam dan gula -Panaskan minyak dan tumis bawang hingga harum baunya. Masukkan rempah kari dan rempah kurma yang telah dicampur 1/2 cawan air. Masukkan juga daging. Masak hingga daging empuk dan airnya kering. Perisakan dengan garam dan gula. Ketepikan. Bahan B (batter) : 1 1/4 cawan tepung gandum 2 cawan air 1 sb minyak sapi 1 biji telur gred B Secubit garam Sedikit pewarna kuning -Satukan bahan B dan kisar dengan blender hingga sebati. Bahan C (untuk tabur di atas) Daun sup Daun ...

Rempeyek Kacang Tanah homemade tanpa acuan

Bismillahirrahmanirrahim.. kudapan petang yang sedap, rempeyek homemade tanpa acuan.. sedap krup krap.. alhamdulillah..tq k.  LinaKz Shaari Rempeyek Kacang Tanah Sumber : LinaKz Shaari Dicuba oleh :  Surianti Ramli Bahan A: 1 biji telur (gred B) 3 biji bawang putih 3 biji cili api (kurang lebih ikut selera masing2) 1/4 cawan ikan bilis 1/4 sk kapur sahaja + bancuh dgn 2sb air (kacau rata kemudian ambil 1/2 sahaja) 275ml air ~ Kisar bahan A hingga halus Bahan B: 175gm tepung beras Garam secukup rasa 2sb jintan putih (basuh & tos) Bahan C: Kacang tanah (basuh & tos) Cara: Satukan bahan A dan bahan B. Kacau hingga sebati. Masukkan kacang tanah 2 genggam. Panaskan minyak dlm kuali. Bila dah panas, curahkan minyak di tebing kuali dan tuang bancuhan nipis di tebing kuali. Curahkan minyak panas pada rempeyek, rempeyek akan tanggal dan jatuh dlm kuali. Balik balikkan rempeyek. Bila warna dah tukar coklat, bolehlah diangkat dan tos. Selamat mencub...

Rich Banana Bread sedap dan mudah, moist je..

Bismillahirrahmanirrahim.. Walaupun nama 'bread', tapi rasanya sedap dan lembab seakan kek. Hasil berjalan ke website mem,  allrecipes.com.  Sangat mudah disediakan tanpa penggunaan mixer, hanya gunakan whisker atau senduk kayu pun boleh. Rich Banana Bread (loyang 9in x 5in) Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : (Sukatan cawan metrik) 1/2 cawan minyak jagung (atau butter cair) 1 cawan gula castor 2 biji telur gred A 1 st esen vanilla 1 1/2 cawan tepung gandum 1 st baking powder 1/2 st soda bikarbonat 1/2 st garam 1/2 cawan yogurt plain 1/2 cawan walnut cincang 4 biji pisang emas dilecek Cara penyediaan : -dalam mangkuk besar, satukan butter cair dan gula. Tambahkan telur, esen vanila dan kacau gunakan whisk hingga sebati. Satukan tepung, baking powder dan soda (Ayak). Masukkan ke dalam campuran butter tadi bersama garam. Whisk sebati. Akhir sekali masukkan yogurt, walnut dan pisang. Gris loyang dengan butter dan masukkan adunan. Panaskan oven terlebih dahulu dan bak...

Roti Baguette aka Roti Perancis mudah

Bismillahirrahmanirrahim.. Hari terakhir cuti persekolahan, untuk makan petang ini tak tahu nak masak apa..anak2 beri cadangan untuk buat roti baguette atau pun roti perancis..bagi yang belum tahu, roti ni teksturnya keras di luar dan lembut pada bahagian dalam..sedap di sapu dengan garlic butter dan makan dengan mushroom soup..kalau nak cicah kuah kari pun boleh saja..sedap juga.. Roti Baguette Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 250 g tepung high protein 1 sk garam halus 1 sk gula pasir 1 sk yis kering (saya guna Saf Instant) 160 ml air 10 g shortening Bahan lain Sedikit tepung gandum untuk ayak atas roti Sedikit minyak zaiton Cara penyediaan (Sue uli menggunakan mixer) : 1. Satukan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang elastik dan licin. Tutup doh dengan plastik (jangan biar terdedah dengan udara). Biar sehingga doh naik sekali ganda dan tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. 2. Bahagikan doh kepada 2 bahgian yang sama banyak dan bentukkan bulat. Ambil 1...

Mee Hailam ringkas yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Mee Hailam Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 bungkus mee kuning 3 ulas bawang putih (ketuk) 3 ulas bawang merah (ketuk) 1 senduk cili kisar 1 biji tomato (dadu kecil) 1 cawan air 2 keping dada ayam (dadu kecil) 1 kiub pati ayam 1 bungkus fishball 2 keping fishcake 2 sb kicap pekat 3 sb sos cili Garam dan gula secukup rasa Sayur terpulang kesukaan (Sue masukkan sawi, karot, bunga kobis , putik jagung) 3 sb minyak untuk menumis *kalau suka boleh tambahkan sotong dan udang (saya tak letak) Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga harum. 2. Masukkan cili kisar bersama buah tomato dan masak hingga pecah minyak. 3. Masukkan ayam bersama air dan masak hingga empuk. 4. Masukkan fishball, fishcake bersama sos, kicap, garam dan gula serta kiub pati ayam. Biarkan mendidih. 5. Masukkan mee kuning, kacau rata. 6. Akhir sekali masukkan sayur. Biar sekejap, matikan api. Sedia dihidang.

Famous Amos kudapan kesukaan anak-anak

Bismillahirrahmanirrahim..,famous amos, sejenis drop cookies yang sedap & mudah penyediaannya, bukan saja pada musim raya, tapi bila-bila masa pun sesuai menjadi kudapan..anak2 Sue panggil biskut chipsmore. Famous Amos Chocolate Chip Cookies Oleh : Surianti R amli Bahan-bahan : 1/4 cawan gula kastor 1/2 cawan gula perang 1/2 cawan mentega 1/2 cawan minyak jagung 1 biji telur gred B 1 sudu besar susu pekat 2 cawan tepung gandum* 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu kecil cream of tatar* 1 sudu kecil soda bikarbonat* 1/4 cawan walnut cincang (atau badam cincang) 1 cawan chocolate chip 1 sudu kecil esen vanila Secubit garam Bahan bertanda * disatukan dan diayak Cara penyediaan : 1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati menggunakan senduk kayu. (Tidak perlu lama, sekadar menyebatikannya sahaja) 2. Masukkan bahan ayak, walnut dan coklat chip. Gaul sebati. 3. Adunan ini agak lembik sedikit. Gunakan sudu teh untuk menyudukan adunan pa...

Karipap rapuh yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Karipap memang menjadi kesukaan ramai, kan..walaupun dimakan selalu, kita tak pernah jemu. Sue suka mencuba resepi kulit pastri dari kawan-kawan dan ini a ntara resepi karipap terbaik yang pernah Sue cuba, alhamdulillah sedap..walaupun setelah sejuk, kulitnya tidak liat.  Mula-mula kita sediakan intinya dulu. Kali ini, Sue buat inti kentang dengan ayam. Inti karipap (kentang & ayam) Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 3 biji ubi kentang dicuci bersih dan potong dadu 1 mangkuk kecil isi ayam 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 1 biji lada merah 2 sb rempah kari 1/2 cawan air (anggaran saja, jika tak cukup boleh tambahkan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Daun sup/daun bawang -panaskan minyak, tumis bawang dan lada merah hingga harum. Masukkan rempah kari bersama air dan isi ayam. Bila ayam mulai empuk, masukkan garam dan ubi kentang. Kacau sebati hingga kentang empuk. Tabur daun sup/daun bawang dan gaul rata. Matikan api. Sejukkan sebel...