Skip to main content

Nasi Daging Utara menu popular di utara

Bismillahirrahmanirrahim,
Menu popular di negeri utara Semenanjung. Kebiasaannya dihidangkan sebagai nasi kenduri dan juadah makan tengahari di rumah. Resepinya pula mempunyai banyak versi, masing-masing ada cara tersendiri untuk memasak dan keluarga Sue terutama anak-anak memang sangat sukakannya.
Dulu Sue pernah kongsi resepinya dan boleh lihat di sini (sila klik) .


Nasi Daging Utara
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan/cup beras (kali ini Sue gunakan basmathi)
-dicuci bersih, rendamkan 30 minit dan ditoskan.

1 kg daging
-dipotong, cuci bersih dan direbus empuk dengan sup bunjut. Ketepikan. Airnya jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi.

Bahan tumis :
2 sb mentega @ 2 sb minyak masak
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
5 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
2 inci halia diracik halus
2 helai daun pandan disimpul

Bahan kisar :
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1/2 sudu teh jintah putih
1 st ketumbar
-sangai bahan di atas hingga harum baunya. Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit dan kisar halus.
*jika tiada bahan di atas, anda boleh gantikan dengan 2 sb rempah kurma.
Campurkan bahan kisar atau rempah kurma dengan sedikit air dan jadikan pes yang pekat.

Bahan lain
Garam 
Gula
1/2 cawan/cup susu cair
Sukat air rebusan daging tadi, jadikan 5 cawan/cup
(Campuran : 1/2 cup susu cair + 5 cup air rebusan daging)
Air ini bergantung pada jenis beras yang anda gunakan, kalau beras jenis keras, perlu dilebihkan airnya.



Cara masak :
1. Cairkan mentega dan panaskan minyak. Tumiskan daun pandan dan rempah 4 sekawan. Bila telah harum baunya, masukkan bawang dan halia.
2. Masukkan pes bahan kisar. Kacau sekejap. Masukkan beras dan kacau anggaran 2 -3 minit.
3. Masukkan campuran air rebusan daging dan susu cair. Juga masukkan daging rebus tadi. (Daging dan nasi dimasak bersama)
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masak seperti memasak nasi biasa.
6. Bila nasi telah masak, gemburkan dengan garfu atau senduk secara perlahan untuk mengelakkan nasi pecah.
7. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan juga bawang goreng.
Makan bersama air asam, dalca dan lain-lain mengikut kesukaan.



Air Asam
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 biji buah tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar yang sederhana saiznya di hiris nipis
Sedikit air perahan asam jawa
Sos tomato
Sos cili
(Sos terpulang kepada citarasa anda, Sue masukkan lebih kurang 3sb sos cili dan 3sb sos tomato)

Bahan tumbuk :
3 biji cili merah (kalau suka pedas, campurkan cili padi)
Sedikit belacan
Sedikit garam

Cara penyediaan :
Satukan semua bahan di atas. Gaul rata hingga sebati. Perasakan garam dan masamnya. Sedia dihidang.

* ada juga sesetengah orang suka mencampurkan air asam ini dengan 1 sb kerisik dan digaul rata, sedap juga rasanya. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Comments

  1. serius nampak sedap dan meleleh air liur , terima kasih sudi share resepi,
    bebila free nanti boleh jenguk saya di resepiasia.com ye =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan : 1 paket spaghetti 1 tin sos prego tradisional 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato) 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin) Garam Gula Air secukupnya 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) Minyak zaitun Cara masak : Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Kuah spaghetti 1. Panaskan sedikit minyak zaitu...

Sagu Gula Melaka mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hari ini masak sup ayam untuk orang yang baru baik demam, dessert nya pula yang mudah saja. Biasanya Sue buat banyak dan simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk, sedap ! Sagu Gula Melaka Oleh : Surianti Ramli Bahan sagu : 1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Bahan Gula Melaka : 1 ketul gula melaka (saya pakai yang jenis besar, beratnya 250 gm) 1 cawan air 1 helai daun pandan disimpul -masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan. Bahan lain : 1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *boleh juga gantikan susu dengan santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam Cara penyediaan : 1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...