Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Thursday, August 1, 2013

Kek Pelangi

Kek ni Sue buat malam tadi atas permintaan anak-anak. Kebetulan bahan membuat kek masih ada dalam simpanan. Sebaik saja lepas berbuka, terus mula buat. Saiz kek ini tidak terlalu besar, cukup dimakan anak-anak. Habis semuanya menjelang tengah malam. Kalau anda nak buat yang besar, sila gandakan sukatannya ya..
Nostalgia kek ni, teringat zaman kecik dulu.



Bahan-bahan :
220g tepung blue key self raising-flour (diayak)
250g mentega
180g gula castor
4 biji telur ayam gred A
Pewarna kuning, merah dan hijau
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
*tidak perlu menggunakan soda bikarbonat kerana tepung blue key telah sedia ada serbuk penaik

Cara masak :
1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan menjadi putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan kelajuan sederhana.
3. Bila sebati, masukkan sedikit demi sedikit tepung blue key.
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat sambil dipukul lagi.
5. Angkat adunan kek dan bahagikan kepada tiga bahagian yang diwarnakan kuning, merah dan hijau.
6. Griskan loyang (saya gunakan loyang bulat bersaiz 7 inci).
7. Masukkan adunan kek berwarna kuning pada dasar loyang dan diratakan. Proses ini diikuti oleh adunan kek berwarna merah dan juga hijau. Buat sehingga habis tepung berselang seli warnanya.
8. Goyangkan loyang sedikit supaya lapisan tadi rata.
9. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar kek selama 30 minit pada suhu 180 celcius ( bergantung pada kapasiti oven masing-masing)
10. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi, jika tidak melekat bermakna kek telah masak.
11. Sejukkan kek yang telah dimasak sebelum memotong.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment