Skip to main content

Posts

Kek Marble Susu sedap sukatan cawan

Kek Marble Susu ni sebenarnya Sue buat minggu lepas. Tapi belum sempat nak update dalam blog waktu itu disebabkan sibuk dengan penyediaan kertas peperiksaan akhir tahun..hari ini baru berkesempatan..kebetulah sekolah dicutikan kerana masalah jerebu..sambil duduk2 je dalam rumah, sambil update blog.. Sedap tau kek ni..rasa lembab2 susu pekat dan mudah pula membuatnya, sukatan pun menggunakan sukatan cawan je....tak sempat nak ambil gambar banyak..sekali hadap makan..kalau anda baru nak cuba, boleh buat setengah adunan dari resepi di bawah ya.. Kek Marble Susu Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 ketul butter (Sue guna pure butter Anchor) 3/4 cawan gula kastor 1/2 cawan susu pekat 4 biji telur (Sue guna saiz A) 2 1/2 cawan tepung gandum * 1 sk baking powder * 2 sb serbuk koko Bahan bertanda * disatukan dan diayak Cara penyediaan : -pukul butter dan gula hingga kembang dan putih. -masukkan susu pekat. -masukkan telur satu demi satu sambil dipuku...

Cucur jagung rangup di luar lembut di dalam

Bismillahirrahmanirrahim.. Cucur jagung rangup di luàr lembut di dalam utk minum petang..sepinggan sekejap je licin. Sebelum ini Sue pernah share resepi cucur udang yang kekal lembut walau pun seharian, kali ini cucur jagung pula..lain sikit caranya. Tapi hasilnya, sedap ! Kalau nak buat cucur udang guna resepi ini pun boleh, hanya gantikan jagung dengan udang je.. Cucur Jagung Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 2 1/2 cawan tepung gandum 1 cawan air panas 1 cawan air biasa 1 biji telur 1 sb gula 1 sb cuka 1 sk serbuk kunyit Kucai, bawang besar yang dipotong dadu, setongkol jagung diambil isinya. Secubit garam Cara penyediaan : -satukan tepung dan air panas, gaul rata. -masukkan bahan lain & gaul sebati. -biar sekejap dan boleh digoreng dengan minyak panas.

Masak Lemak Cili Padi Ikan Tongkol

Masak Lemak Cili Padi Ikan Tongkol (ini cara saya) Oleh : Surianti Ramli 2 ekor ikan tongkol Sedikit garam dan kunyit -ikan diperisakan dengan garam dan kunyit dan digoreng hingga masak. Ketepikan. 15 tangkai cili padi 1 ruas kunyit 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih -semua bahan diatas dikisar halus 1 batang serai diketuk Asam keping (saya guna 3 keping je) 2 cawan santan (Sedikit air jika perlu) Garam secukup rasa Timun dipotong serong -jika suka Cara penyediaan : -masukkan bahan kisar bersama serai, asam keping dan santan ke dalam periuk. Didihkan dalam api perlahan. -masukkan garam, timun serta ikan. Masak hingga sebati. Siap.

Chocolate Brownies aka Brownies Kedut

Antara fenomena FB tidak berapa lama dulu, Brownies Coklat Kedut..sedap rupanya, tak hairanlah ramai kawan2 yang telah pun mencuba dan anda juga harus cuba. Rasai sendiri, bukan rasa seperti kek coklat tau..pendek kata memang sedaplah hihi.. Resepi ini Sue copy paste dari shabat FB Chocolate Brownies Sumber : Mariana Zainal Dicuba oleh : Surianti Ramli Resipinya (loyang saiz 10x10'inci) Bahan A 400g coklat masakan ( potong kasar) 150g mentega(sy guna butter) (Cairkan bahan di atas secara double boiler.. . ketepikan) Bahan B 100g gula perang (sy guna 80g jer) 100g gula kastor ( sy guna 80g jer) 4 bj telur 1 sdt esen vanilla (Satukan bahan B dan kacau sebati guna senduk atau whisk.. .tidak perlu pukul yer) Bahan C 100g tepung naik sendiri 30g serbuk koko (Ayak bersama bahan C) Caranya Masukkan bahan B ke dalam bahan A.. kacau hingga sebati guna senduk@ whisk... Masukkan bahan C.. . kacau lagi bagi sebati.. . Sapukan mentega dlm loyang ( loyang 10'x10...

Sedapnya Nasi Dagang

Nasi dagang antara makanan kegemaran Sue dengan hubby. Biiasanya Sue beli je nasi dagang sebab tak tahu cara memasak. Tapi memang berkeinginan sangat untuk masak sendiri,.Alhamdulillah, hajat terlaksana baru-baru ini. Dapat tambah nasi berpinggan-pinggan. Sedap !  Nasi Dagang Sumber ; Minami/Myresepi Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan ( 5-6 orang ) **NASI** # 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut # 1/2 tin santan # garam dan gula # 1 sudu besar halba # bawang dan halia (hiris halus2) # air Cara-cara NASI : Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan k...

Victoria Sandwich Cake a.k.a kek bangsawan

Bismillahirrahmanirrahim.. Jom kita minum petang dengan kek kegemaran Ratu Victoria. Kawan2 Sue panggil kek ni sebagai kek bangsawan..hihi..ok la tu. Senang sebenarnya cara menyediakan kek ni. Semuanya menggunakan bahan asas yang sama timbangannya..mari kita lihat resepi. Victoria Sandwich Cake Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 250g butter 250g gula castor (saya letak 200g) 250g telur (pecahkan telur dan timbang) 250g self raising flour 3 sb susu cair 1 st esen vanila -pukul  butter dan gula hingga kembang. -masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dan masukkan esen vanila. -masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Kacau secara kaup balik. - griskan loyang, alas dengan baking paper dan gris sekali lagi. Tuangkan adunan. -panaskan oven terlebih dahulu dan bakar kek hingga masak. (Oven saya suhunya 160'C selama 45 minit). -sejukkan kek atas redai dan barulah potong kek kepada 2 bahagian yang sama tebal. Bahan hiasan :...

Kuih Cara Manis

Entry tertangguh sebenarnya..dari sebelum bulan puasa lagi Sue masak kuih cara ni.bulan puasa pun ada juga Sue masak..tapi tak berkesempatan untuk update blog disebabkan kerja sekolah yang banyak waktu itu. Sedap, dengan aroma pandan dan gula yang cair dalam mulut. Alhamdulillah.. Kuih Cara Manis Sumber : CMG Dicuba oleh : Surianti Ramli BAHAN-BAHANNYA  smile emoticon 2 cawan tepung gandum 3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh) 2 biji telur 3 helai daun pandan Beberapa titik pewarna hijau Gula pasir secukupnya, sebagai inti Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin) Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan CARA MEMBUATNYA  smile emoticon Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, b...