Skip to main content

Posts

Mee sanggul sedap yang femes di utara untuk dinner malam tadi,

Mee sanggul memang agak femes di negeri2 utara. Masa kecik dulu, emak Sue selalu masak. Sedap ! Tapi sejak merantau ni (bunyi macam jauh sangat merantaunya) dah jarang Sue makan. Baru2 ini, tertengok kawan fb yang memang pakar memasak, kak Mufidah buat mee sanggul, Sue pun terus buat juga.  Sue masak sama seperti menggoreng mee/kuetiaw juga. Alhamdulillah sedap dan menepati selera kami sekeluarga. Mee Sanggul Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 300g mee sanggul kering (2 bungkus) - direndam dalam air biasa 45 minit hingga 1 jam 3 ulas bawang merah dimayang 3 ulas bawang putih di mayang 1 senduk cili kisar (jika suka pedas, sila tambahkan) Sedikit daging dipotong kecil Sedikit udang dan sotong 1/4 cawan kicap lemak manis 3 sudu besar sos tomato 3 sudu besar sos cili Gula dan garam secukup rasa Sedikit air Sedikit minyak untuk menumis Sayur kesukaan (seperti sawi / kobis /taugeh  / kucai) Cara masak : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga layu. 2. ...

Spaghetti Carbonara mudah

Sue masak spaghetti carbonara (sos putih) ni masa tak sihat baru2 ini. Memang tak ada selera nak makan yang lain kecuali spaghetti...ala2 mat saleh pulak hihihi... seadanya yang mudah, ringkas dan sedap. Cepat je penyediaannya. Sekejap je dah siap. Spaghetti Carbonara Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Spaghetti (atau lain jenis pasta) -didihkan air bersama secubit garam dan 2 sb minyak zaiton. -masukkan spaghetti dalam air tadi dan rebus sampai lembut. -toskan dan lalukan air biasa sekejap. Sos Carbonara (Sos Putih) -1 labu bawang besar didadu -1 keping daging kisar (saya guna Ramly) -1 tin sos Prego Carbonara Mushroom (tin biru) -1/2 cawan susu segar -1 sb serbuk lada hitam -cendawan butang secukupnya (saya letak 7 biji) -1 sb mentega untuk menumis Garam secukup rasa Sedikit air Daun parsley kering Cara masak sos carbonara : 1. Cairkan mentega, tumis bawang besar hingga layu. 2. Masukkan daging kisar bersama sedikit air. Rebus sekejap...

Karipap rangup, tidak berminyak dan sudah pasti sedap untuk sarapan

Karipap memang salah satu makanan kegemaran ramai orang dari dulu lagi. Tapi kadang2 pernah terbeli karipap yang berminyak dan liat kulitnya. Apakata sesekali kita cuba buat sendiri, puas hati boleh letak inti yang banyak dan mengikut citarasa kita.  Jom kita buat karipap yang tidak berminyak, kekal rangup walaupun lama dan insyaAllah sedap rasanya. Karipap Rangup Oleh : Surianti Ramli (Intinya terpulang mengikut citarasa) Bahan A : 4 cawan tepung gandum 1/4 cawan tepung beras 1/4 cawan tepung ubi 2 sb mentega 1 sk garam 1 sk gula Bahan lain : 1/4 cawan minyak masak 1 cawan + 2sb air -  gunakan air sejuk dari peti ais (tambahkan air jika perlu) *semua bahan di atas disukat menggunakan cawan dan sudu metrik Cara penyediaan : 1. Bahan A disatukan dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. Buat lubang besar di tengahnya. 2. Panaskan 1/4 cawan minyak masak dan tuang di tengah bahagian bahan A tadi. Gaul rata dengan menggunakan sudu. 3. Masukkan...

Moist Chocolate Cake mudah dan sedap utk anniversary

Kek ni Sue buat semalam 14 Februari sempena wedding anniversary. Alhamdulillah walaupun ringkas, tapi kek ni sedap sangat. Strawberry cicah sos coklat, ditambah dengan topping coklat dan cream cheese... sedap ! Moist Chocolate Cake Oleh : Surianti Ramli Bahan A : 2 biji telur gred A 1 cawan minyakjagung 1 cawan gula castor 1 cawan susu segar 1 cawan air suam -satukan semua bahan A dan mix hingga sebati. (Anggaran 5 -7 minit) Kalau gunakan blender pun boleh juga. Ketepikan. Bahan B : 2 cawan tepung superfine (boleh juga guna tepung gandum) 1 cawan serbuk koko 1 sk baking powder 1 sk soda bikarbonat -satukan bahan B dan ayak. Cara penyediaan : 1. Bahan A + bahan B. Kacau guna whisk hingga sebati. 2. Griskan loyang dengan mentega, alas baking paper pada dasarnya dan gris lagi. Tuangkan adunan. Boleh dibakar atau pun dikukus. -bakar 175'C selama 45 minit hingga masak @ kukus selama 45 minit. Jika kukus, pastikan air telah dipanaska...

Mee Goreng Mamak sedap...yummy !

Banyak versi sebenarnya resepi mee goreng mamak. Apa yang Sue kongsikan disini adalah berdasarkan kegemaran kami sekeluarga. Anda boleh ubahsuai mengikut citarasa sendiri. Resepi ini juga Sue telah share dalam fb, alhamdulillah...ramai yang suka.   Mee Goreng Mamak Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 bungkus mee kuning 5 ulas bawang putih diketuk 1 senduk cili kisar 1 biji buah tomato didadu kecil 1 mangkuk daging lembu dihiris nipis Sedikit kicap 2 biji ubi kentang (rebus empuk dan potong nipis) Cucur udang dihiris secukupnya (jangan terlalu banyak) Sedikit sotong kering 2 sb gula 1 sk garam 3 biji telur 2 biji tauhu digoreng terlebih dahulu dan dihiris nipis Minyak untuk menumis Sedikit air Sayur sawi, kobis, taugeh Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum. 2. Masukkan cili kisar bersama daging dan sedikit air. Rebus hingga empuk. 3. Masukkan buah tomato, kicap dan sotong kering. (Tak perlu t...

Kek Hujan Panas yang sedap, resepi orang dulu-dulu

Wangi je satu rumah waktu membakar kek ni. Menggunakan campuran kelapa kering sebagai salah satu bahannya. Rasanya pun sedap. Salah satu kek nostalgia orang lama, kalau zaman emak2 kita dulu, pasti biasa dengan kek ni. KEK HUJAN PANAS Sumber 1 : Suhaini Abdul Wahab Sumber 2 : Kak Emma Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan: 250gm Planta / butter (Sue guna butter Anchor) 1cwn gula halus 2cwn tpg kek (Sue gunakan tepung Superfine) 5biji telur B 6sb kelapa kering 3sb susu cair/ segar 1st baking powder 1st vanilla Cara: Bahagi 2 kelapa & warnakn merah & hijau Pukul butter & gula- kembang Masukkan telur 1 persatu Masukkan tepung berselang seli dengan susu & vanilla Masukkan kelapa yang telah di warnakan tadi berselang seli sambil kaup balik sahaja ( jgn di pukul lagi- cukup sekadar kaup balik) Masukkan dalam loyang 7x7 yang telah digriskan dan dilapik baking paper Bakar 170'C-45 minit (mengikut oven masing-masing) Catatan : -Sue masukkan ...

Ikan Keli Goreng Sambal

Ikan Keli Goreng Sambal Oleh :Surianti Ramli Bahan2 : 4 ekor ikan keli dibersihkan Cara menghilangkan hanyir ikan keli : -perahkan beberapa biji limau (Sue gunakan 3 biji limau kasturi) dan gaulkan pada ikan bersama garam kasar. Biarkan anggaran 15 - 20minit. Bilas dengan air bersih. Petua mengelakkan ikan keli meletup sewaktu menggoreng : Perisakan ikan dengan garam dan kunyit, lumurkan sedikit tepung jagung dan terus goreng seperti biasa. InsyaAllah ikan keli tidak akan meletup dan sedap isinya. Bahan lain : 2 senduk cili kisar (boleh gantikan dengan beberapa biji lada merah yang ditumbuk) 5 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar) Sedikit gula dan garam 2 keping asam gelugur Sedikit minyak masak Cara masak : 1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga harum. Masukkan cili kisar dan asam keping, masak hingga cili betul2 masak. 2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 3. Bila cili mulai kering, tutupkan api dan curahkan ke atas ikan keli. S...