Skip to main content

Posts

Potato Fritters yang nipis dan rangup

Fenomena alam maya sekarang. Ramai kawan-kawan yang buat. Sedap rupanya. Anda mesti cuba ya...mudah je cara membuatnya. *Resepi ni Sue copy paste dari Fb. Potato Fritters (cucur kentang) Sumber : Noraida Durani Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 3 biji kentang (sagat halus) 4 sdm tpung jagung 3 sdm tpung gandum 1 biji telur Daun bawang Serbuk Lada sulah Garam Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu) Minyak masak (utk mgoreng) Cara2nya : ~ satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tpung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati ~panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap Sedap dimakan bersama sos # resepi asal noraida durani ( tq )

Mango Float dessert untuk hari ini. Sedap !

Aduh...sedapnya mango float ni. Setelah beberapa hari teringin nak makan, baru hari ni berkesempatan untuk buat. Senang je caranya. Jom kita nikmati mango float yang sangatlah sedap ni. Mango Float Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 biji buah mangga Biskut cream cracker secukupnya (Sue guna 20 keping) 1 cawan cream cheese (Sue guna Tatura) 1/2 cawan susu pekat manis 1/2 cawan susu segar 1/2 cawan whipping cream (Sue guna Anchor UHT) Untuk tabur pada bahagian atas : Biskut cream craker yang telah diramas halus (Sue guna 4 keping) Cara penyediaan : 1. Putar whipping cream dengan mixer hingga kental (anggaran 3 - 5 minit). Ketepikan. 2. Putar cream cheese hingga menjadi sedikit kembang. Kemudian masukkan susu pekat dan putar bersama. Satukan whipping cream bersama adunan ini dan kacau sebati. 3. Ambil bekas yang sesuai dan ratakan adunan cream tadi secara nipis pada dasar bekas. Celupkan kepingan biskut cream cracker ke dalam susu segar dan lapiskan di atasnya...

Mee Hailam ringkas untuk makan petang

Tadi brunch (breakfast + lunch) nasi goreng. Bila petang macam ni, dah lapar balik. Apa kata jom kita masak Mee Hailam. Mee Hailam Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 bungkus mee kuning 1 mangkuk kecil isi ayam 3 sb kicap manis 3 sb sos tomato 3 sb sos cili 2 sb cili kisar 5 ulas bawang putih diketuk 5 - 6 cawan air (anggaran) 2 sb tepung jagung Sotong Udang Fishball/fishcake Sawi Bunga Kubis Anak jagung Buah tomato (Sayur-sayuran terpulang ikut kesukaan) Sedikit minyak untuk menumis Garam secukup rasa Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik baunya. 2. Masukkan cili kisar, kacau sekejap. Masukkan isi ayam bersama air, sos serta kicap. Rebus hingga isi ayam masak. 3. Masukkan sotong, udang, fishball/fishcake dan garam. Kacau sekejap dan masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air (bertujuan untuk memekatkan kuah). *Jika segera dimakan, boleh terus masukkan sayur dan mee anggaran 2 - 3 minit, tutupkan api. Sedi...

Kerabu taugeh campur dengan perut....resepi emak saya, sedap

Sedap makan nasi hari ni...dah lama tak buat kerabu ni. Makan nasi pun berpinggan-pinggan. Kerabu Taugeh Dengan Perut Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 mangkuk taugeh 1 mangkuk perut yang telah siap direbus empuk dan dihiris nipis 2 biji cili merah ditumbuk dengan secubit belacan 3 ulas bawang merah dihiris nipis 1/2 inci halia dimayang halus 1 cawan santan (campurkan santan pekat dengan santan cair) 1 sudu besar penuh kerisik 3 sudu beras yang disangai tanpa minyak dan dikisar halus Garam secukup rasa Sedikit air asam jawa Cara penyediaan : 1. Masukkan taugeh dalam mangkuk dan rendam dengan air panas yang baru didih, anggaran 2 - 3 minit. Jangan rendam lama, nanti taugeh jadi lembek. Toskan. 2. Campurkan semua bahan lain dengan taugeh celur tadi. Rasa garam dan asamnya. Siap ! Catatan : -boleh gantikan perut dengan kerang rebus. -tumbuk sedikit cili padi dan gaulkan bersama jika suka pedas.

Donut Gebu, lembut dan sudah pastinya sedap

Sedap betul donut hari ni. Memang donut antara makanan kegemaran family Sue terutamanya si bongsu, Amirul. Sekejap je dah habis. Seronok rasanya bila tiap kali masak, bila family kita menikmati dengan sepenuh hati...alhamdulillah. Bertambah semangat untuk memasak. Donut Gebu Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan tepung high protein 1 sb mentega  2 sb susu pekat manis ( atau 1sb susu tepung + 1 sb gula) 2 sudu teh yis  1/2 cawan air suam (air suam digunakan untuk kaedah uli tangan, jika uli dengan mixer boleh gunakan air sejuk dari peti ais) secubit garam  Gula kaster untuk ditabur atas donut Cara-cara : Kaedah uli menggunakan tangan , 1. Letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika anggaran 5 minit atau hingga berbuih untuk menghidupkan yis. 2. Satukan tepung, marjerin, susu pekat manis dan garam. 3. Masukkan air suam barcampur yis tadi. Uli sebati hingga doh (tidak melekat di tangan) jadi licin dan kenyal. 3. B...

Cucur Jagung sedap dan rangup

Terliur tengok sahabat fb Ct Zalieda Zaliedana buat cucur jagung, petang ini Sue pun buat juga. Bahan untuk membuat cucur Sue gunakan cara Sue sendiri seperti biasa, tapi Sue ikut petua dari Ct, untuk menyedap dan merangupkan cucur, bancuh tepung menggunakan air sejuk dari peti ais dan tambahkan 1sb cuka. Memang sedap sungguh. Terima kasih kasih Ct. Izinkan kakSue kongsikan di sini ya... Cucur Jagung Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan air sejuk dari peti ais 1 sb cuka 1 sb gula 1/2 sk garam 1 tongkol jagung mentah diambil isinya 1/2 st kunyit serbuk *sayur kucai atau lain2 kalau suka Cara penyediaan : Satukan semua bahan di atas, kacau sebati. Biarkan sekejap dalam peti ais. Goreng dalam minyak panas. Selamat mencuba.

Kek Butter Pandan Cappucino....walla sedap !

Buat kek lagi hari ni...kali ni resepi dari kawan fb, Rozilah Abdullah. Memang pakar masak pun. Tak rugi mencuba resepi-resepi dari Rozilah. Sedap betul keknya. Masa tengah bakar tu, harum mewangi satu rumah dengan wangian pandan dan cappucino. Tak sabar-sabar nak merasa, asyik2 ulang tengok oven. Bila nak siap bakar ni...hihihi...teruja.  Ok jom kita semak resepinya. Kek Butter Pandan Cappucino Sumber : Rozilah Abdullah Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan2 225 gram butter 225 gram gula ( Sue letak 150g) 225 gram tepung superfine (saya tambah 1/2 sudu teh baking soda + 1/2 sudu teh baking powder). Ayak. 4 biji telur saiz A 3 sudu makan susu cair 2 sudu makan pandan paste (+ pewarna hijau) 2 sudu makan cappucino emulco sedikit esen vanila Cara2 : Pukul butter dan gula hingga berubah warnanya menjadi pucat. Tambah telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanila. Masukkan tepung berselangseli dgn susu cair. Bahagikan kpd 2 bahagian iaitu pandan dan cappu...