Skip to main content

Posts

Kuih Lompang resepi ibu mertuaku...Sedap !

Selamat berhujung minggu semua. Asyik buat kek je ya... Hari ni Sue masak kuih lompang resepi dari mak mertua. Dulu masa kecik, Sue selalu tertanya-tanya. Kenapa dinamakan lompang ? Bila dah besar, baru tahu. Rupanya bila kita masak (kukus) kuih lompang ni, akan terbentuk lubang pada bahagian tengahnya. Itulah lompang. Asal usul namanya. Kalau ada yang buat kuih ni tak jadi lubang tu, bermakna tak menjadilah. InsyaAllah resepi Sue ini pasti jadi. Kalau orang yang tak pernah buat pun, jangan risau. Ikut betul-betul resepi ni ya.. Kuih Lompang oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 1/2 cawan tepung beras 1 sudu besar tepung ubi kayu 1 sudu kecil air kapur 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 2 1/2  cawan air  3 helai daun pandan Hiasan di atas lompang : Kelapa parut yang putih secubit garam halus 1 helai daun pandan -gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap Cara masak : 1. Satukan gula merah, gula...

Snow Cheese Cake untuk wedding anniversary yang ke 17 tahun...

Assalam dan selamat sejahtera semua. Snow Cheese Cake ni Sue buat sempena sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke 17  tahun pada 14 Februari yang lalu. Sebenarnya, tarikh berkenaan jatuh pada hari Jumaat. Hari bekerja dan ditambah pula semua orang dalam rumah ni kurang sihat, terpaksa tangguhkan dulu. Badan rasa lemah lagi, tapi dah boleh bangun buat kek. Alhamdulillah... Dulu Sue pernah sekali buat kek ni. Boleh tengok resepinya di sini  dalam sukatan cawan. Kali ini Sue  buat dalam timbangan metrik. Anda cubalah ya... Senang dan sedap sangat !  Snow Cheese Cake (sangat sedap) 100 g tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek) 60 g tepung jagung 75 g  gula kastor 1 sudu teh baking powder 2 sudu besar ovalette 6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji  dibuang putihnya) 50 ml  air dari peti sejuk  75 g mentega (dicairkan) Cara: 1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dip...

Chocolate Chip Cuppies yummy !

Entry tertangguh ( buat 3 minggu lepas rasanya), sesuai untuk minum petang atau pun breakfast pun boleh. Anak-anak memang suka sebab ada coklat chips tu. Chocolate Chip Cuppies  Bahan-bahan : 2 cawan tepung blue-key (self raising flour) * 1/2 cawan serbuk koko* 1 sudu teh baking powder* 3 biji telur 1 cawan gula castor 3/4 buku butter 1 cawan chocolate chip (1/2 cawan untuk dimasukkan dalam adunan dan bakinya untuk ditabur atas cupcake sebagai hiasan) 1 1/4 cawan susu cair 3 sudu teh esen vanilla #chocolate  chip - sila lebihkan jika suka# Cara Penyediaan : 1. Satukan dan ayak bahan bertanda *. Ketepikan. 2. Pukul butter bersama gula hingga putih dan kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi. 3. Masukkan esen vanilla, tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair hingga habis. Putar sebati. Campurkan 1/2 cawan chocolate chip. Kacau secara kaup balik. 4. Panaskan oven pada suhu 170'C. 5. Sudukan adunan ke dalam cup kertas sehingga...

Dinner dengan Nasi Goreng Tomyam

Makan apa malam ni ? Apa kata kita makan nasi goreng tomyam. Sedap ! Jom kita lihat resepinya. Bahan-bahan : 6 cawan nasi (yang telah dimasak lebih awal) 2 kiub tomyan knorr 100g sotong 100g udang 100g isi ayam 1 batang karot dipotong dadu 1 mangkuk kecil kobis dihiris halus 1 labu bawang besar* 2 batang serai* 7 biji cili padi* 1 inci halia muda* Garam secukup rasa Daun limau purut 3 ulas bawang merah (untuk ditumis) 1 ulas bawang putih (untuk ditumis) 2 biji telur digoreng hancur Bahan bertanda * dikisar halus Cara memasak : 1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang hingga naik baunya. 2. Masukkan bahan kisar dan kiub tomyam. Masukkan isi ayam dan biar hingga masak. 3. Masukkan sotong dan udang. Biarkan sekejap. Masukkan sayur dan garam.  4. Masukkan nasi serta daun limau dan kacau goreng hingga rata. Akhir sekali, masukkan telur hancur.  #lebihkan cili padi jika anda suka pedas# Siap. Sedia dihidang. Anda mesti cuba ...

Moist Chocolate Cake in d house

Setelah 2 minggu tidak meng"update" blog masak, busy dgn sekolah baru dibuka...dengan tak sihatnya...macam-macam hal yang merintangi. Asyik buat kek je ya...atas permintaan anak-anak, kurang manis ya...entry tertangguh sbb dah buat byk hari dah. Moist chocolate cake, permintaan anak bongsu...Amirul yang nak makan kek besday ada angry bird. Walaupun besdaynya bulan April nanti, turutkan saja...bismillah... Moist Chocolate Cake Bahan A (disatukan dan diayak) 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda of bikarbonat 1 cawan serbuk koko Bahan B (dipukul dengan whisk sekejap saja) 3 biji telur Bahan C (disatukan dan dimasak atas api perlahan, kemudian sejukkan terlebih dahulu) 1 cawan gula kastor 1 cawan minyak jagung 1 sudu teh esen vanila Cara penyediaan kek : 1. Masukkan bahan A, bahan B dan bahan C ke dalam mangkuk. Kacau sehingga larut dan sebati. 2. Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Pastikan penutup periuk kukus dibalut ...

Jom sarapan red velvet cake yang sedap, yummy...

Akhirnya, setelah lama teringin nak makan red velvet cake...hari ini tercapailah impian...ini versi Sue, versi amatur...tak pandai mendeko. Hehehe...ikut tangan je apa yang jadi...comot je pun letak topping. maklumlah, ini first time mencuba. InsyaAllah akan diperbaiki lagi selepas ini...jom, tak boleh berceloteh panjang sebab nak menikmati kek idaman. Bismillah... Red Velvet Cake  Bahan-bahan Kek : 2 cawan tepung blue key (self raising flour) * 2 sudu besar serbuk koko* 1 sudu teh baking powder* 1 sudu teh soda bicarbonat* (Satukan dan ayak semua bahan * di atas) 1 cawan buttermilk (hasil campuran 3/4 cawan yogurt plain/original + 1/4 cawan susu segar) 3/4 cawan gula kastor 1 sudu besar pewarna merah 1 cawan butter   1/2 cawan air panas  2 biji telur  1 sudu teh esen vanila Cara penyediaan kek : 1. Pukul gula dan butter hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi. 3. Masukkan pewarna mera...

Jom masak paprik yang sedap dan cepat penyediaannya...

Hari yang sibuk + kurang rajin, maka terhasillah paprik campur untuk lunch. All in one, sayur dan lauk. Penyediaannya cepat dan mudah, tak sampai setengah jam dah pun siap. Apa yang paling penting, dimasak dengan penuh kasih sayang, anak-anak dengan hubby pun suka. Alhamdulillah... Gambar pun snap dari kuali je. Paprik Campur Bahan-bahan : 1 keping dada ayam dipotong kecil  Sedikit daging lembu yang dipotong kecil 4 ekor sotong 10 ekor udang Bunga kobis Anak jagung Karrot 1 sudu besar cili kisar 4 sudu besar sos cili thai 4 sudu besar sos tomato 4 sudu besar sos cili 2 batang serai diketuk 1 inci halia diracik 3 ulas bawang putih 1 labu bawang besar Cili merah dipotong 1 biji buah tomato dipotong lapan 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/4 cawan air Sedikit air kosong Garam/gula secukup rasa 4 sudu besar minyak masak Daun limau Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, serai serta halia, masukkan daging dan sedikit air...