JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, January 11, 2014

Moist Chocolate Cake in d house

Setelah 2 minggu tidak meng"update" blog masak, busy dgn sekolah baru dibuka...dengan tak sihatnya...macam-macam hal yang merintangi. Asyik buat kek je ya...atas permintaan anak-anak, kurang manis ya...entry tertangguh sbb dah buat byk hari dah.
Moist chocolate cake, permintaan anak bongsu...Amirul yang nak makan kek besday ada angry bird. Walaupun besdaynya bulan April nanti, turutkan saja...bismillah...




Moist Chocolate Cake

Bahan A (disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda of bikarbonat
1 cawan serbuk koko

Bahan B (dipukul dengan whisk sekejap saja)
3 biji telur

Bahan C (disatukan dan dimasak atas api perlahan, kemudian sejukkan terlebih dahulu)
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanila

Cara penyediaan kek :
1. Masukkan bahan A, bahan B dan bahan C ke dalam mangkuk. Kacau sehingga larut dan sebati.
2. Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Pastikan penutup periuk kukus dibalut dengan kain untuk mengelakkan air wap menitis pada kek sewaktu proses mengukus. Gris loyang dengan butter dan tuangkan adunan ke dalamnya. Kukus selama 1 jam.
3. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan terlebih dahulu sebelum meletakkan topping coklat ganache.

Topping coklat ganache
Bahan-bahan :
250g coklat masakan (dark chocolate compound) dipotong kecil-kecil
150ml whipping cream
1 sudu besar penuh butter

Cara penyediaan :
1. Panaskan whipping cream dalam api perlahan hingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan coklat masakan dan butter sambil dikacau hingga larut dan sebati semuanya. Sejukkan.
3. Setelah sejuk, tuangkan coklat ganache ke atas kek.

*coklat ganache ini sangat sedap, sesuai juga dimakan dengan buah strawberi atau pun dituangkan di atas donut seperti donut big apple.