Skip to main content

Posts

Pulut Seri Muka sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Cerita beberapa hari lepas, Pulut Seri Muka untuk anak2 minum petang & hubby berbuka, alhamdulillah..  Seri Muka (loyang 8in x 8in) Oleh : Surianti Ramli Lapisan bawah 2 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam 30 minit, toskan 1 cawan santan 1 cawan air Secubit garam -panaskan periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit. Kacau sebati dan tekan-tekan supaya padat di dalam loyang. Lapisan atas 3 biji telur 3/4 cawan tepung gandum 3/4 cawan gula pasir 1 cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan bersama air, tapiskan) 1 1/4 cawan santan Beberapa titis pewarna hijau -satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan. -masak atas api perlahan sambil mengacau selama 2 - 3 minit (naik wap). Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan seri muka akan jadi tidak licin. Cara : Tuangkan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air meni...

Mini Quiche Roti yang sedap dan ringkas, step by step

Bismillahirrahmanirrahim.. Sarapan pagi yang sedap, mudah & mengenyangkan. Mini Quiche Roti Oleh : Surianti Ramli Bahan A 8 keping roti -gelekkan dengan rolling pin supaya rata, tekap bentuk bulat dan ketepikan. Bahan B (inti) 2 batang sosej dipotong kecil atau boleh juga gunakan daging kisar 1/2 labu bawang besar didadu kecil 1 sb mentega -cairkan mentega, masukkan bawang dan kacau hingga harum. Masukkan sosej (atau daging kisar). Kacau anggaran 3 minit, matikan api. Bahan C (sos telur) 2 biji telur ayam 1/3 cawan susu segar 1 sb lada hitam serbuk Secubit garam -satukan semua bahan, kocok sebati menggunakan garfu Bahan D (tabur) Sedikit daun sup dihiris halus Cheese mozarella parut Cara penyediaan : 1. Panaskan oven terlebih dahulu. Griskan loyang muffin dengan mentega. Letakkan roti yang telah digelek tadi. Tekan perlahan supaya roti memenuhi loyang muffin. 2. Sudukan bahan B (inti) ke dalam roti. Penuhkan bahan C (sos telur) ke dalamnya. Tabur bahan D. J...

Kek Buah Bakar yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Cerita beberapa minggu lepas juga, Kek Buah versi bakar, kalau nak tengok versi kukus, boleh view dlm menu atau taip dalam search album atau scroll ke bawah dulu Sue dah pernah share. Kek Buah Bakar (loyang 8 x 8 inci) Oleh : Surianti Ramli Bahan A: 250 gm butter (saya guna Anchor) 150 gm gula castor 4 biji telur gred B 1 st esen vanila 250 gm tepung gandum* 1 st baking powder* 50 ml susu segar -bahan bertanda * disatukan dan diayak. Bahan B : 300 gm buah-buahan campuran (mix fruits) 50 gm tepung gandum -kedua-dua jenis bahan ini digaul rata. Tujuannya supaya bila kita bakar kek, buah2an tidak tenggelam ke bawah. Ketepikan. Cara penyediaan : 1. Pukul butter dan gula menggunakan mixer hingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. Masukkan esen vanila. 3. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan susu hingga habis. (Peringkat ini, mix perlahan sahaja) 4. Matikan mixer dan masukkan Bahan B, kacau perlahan menggunakan spatula ...

American Hotcakes aka lempeng yang mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Cerita beberapa hari lepas, resepi mudah & sedap. Sue kongsikan mlm ini dlm blog, silakan share kalau ada yg nak buat utk bfast esok memang sesuai sangat. Anak2 Sue panggil lempeng omputeh. American Hotcakes, resepinya sue dpt dari IG adik manis yg cute mute che ta @rozietahasan78 ..Sue copy paste di sini ya, American Hotcakes _______________________________ 1 1/2 cawan tepung naik sendiri 1 camca teh baking powder 2 camca teh castor sugar Secubit garam 2 biji telur 1 cawan susu segar 60 g melted butter _______________________________ 1. Campurkan tepung, baking powder, gula dan garam. 2. Buat lubang di tengah dan masukkan bahan cecair. 3. Guna whisk dan kacau hingga tidak bergentel. 4. Perap 20 minit. 5. Masak seperti pancake biasa. 6. Hidangkan bersama madu atau apa2 saja yg suka. *nota : anak2 Sue mkn dgn madu & butter.

Apam Kampung untuk sarapan

  Bismillahirrahmanirrahim.. Apam Kampung Oleh : Surianti Ramli Bahan A : 1/4 cawan gula merah 1/4 cawan gula pasir 1 cawan air 1 helai daun pandan -masak bahan di atas, sejukkan. ********************** Bahan B: 1/2 peket yis mauripan 1/4 cawan air suam 1 sudu kecil gula pasir -satukan dan kacau larut bahan di atas, biar yis naik berbuih anggaran 10 minit. ********************** Bahan C 2 cawan tepung gandum secubit garam Cara-cara : Satukan bahan A, B dan C. Kacau sebati dan biarkan selama 45 minit hingga 1 jam (adunan naik) dalam besen tertutup. Didihkan air dalam periuk kukusan, balut tudung periuk dengan kain untuk mengelakkan air menitis. Sapu sedikit minyak dalam acuan, isikan 3/4 adunan ke dalamnya. Kukus selama 20 minit dalam api sederhana. Terbalikkan acuan dan apam akan tanggal sendiri. Sedap dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. *kelapa parut perlu dikukus sekejap supaya tidak mudah basi.

Donut Gebu Tanpa Uli

Bismillahirrahmanirrahim.. Mudahnya membuat donut resepi ini, gebu dan lembut je tanpa perlu kita uli lama. DONUT GEBU TANPA ULI Sumber : Fb Che Eda Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan 1 paket yis kering 2 sudu susu pekat 1 cawan air suam 2 sudu gula - campurkan bahan ni dan biarkan kembang ********************** 4 cawan tepung gandum 2 sudu marjerin 2 sudu teh baking powder 1 sudu teh garam -ramaskan bahan2 ni hingga jadi macam serbuk roti. -Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata. -Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye -Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha -Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan -Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng.

Puding Karamel Tanpa Telur

Bismillahirrahmanirrahim.. Sedapnya puding ni, makan time cuaca panas2..nyaman je rasa.. sesuai untuk yang tidak menggemari puding karamel yang biasanya diletak telur. Jom kita lihat resepinya, sebelum ini pun Sue dah pernah post dalam blog. Puding Karamel Tanpa Telur (Sumber : Noraslinda Bugal) Bahan A (Karamel) 3 sudu besar gula pasir 2 sudu besar ai r -Masukkan Bahan A ke dalam loyang, masak di atas dapur dengan api kecil hingga keperangan. Sejukkan. Bahan B (Puding) 1 paket agar2 serbuk 10 gram 1 tin susu cair 4 cawan air 1/2 cawan susu pekat manis 1/2 cawan gula pasir 2 sudu besar tepung kastard 1 sudu teh esen vanilla -Satukan semua Bahan B -Masak di atas dapur, sentiasa kacau supaya adunan tidak bergentel -Bila mendidih dan agak pekat, tutup api. -Tapis adunan dan tuang dlm loyang karamel tadi. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.