Skip to main content

Posts

Makaroni Bakar dengan sos putih dan cheese yang lemak berkrim..sedap

Alhamdulillah...dinner kami jam 7 tadi. Makaroni Bakar ini lebih kurang dengan resepi Makaroni Goreng yang pernah Sue kongsikan resepinya dulu. Hanya kali ini dicurahkan sos putih di atasnya, tabur cheese mozarella & bakar. Yummy ! Bukan anak2 je suka.. emak dengan ayah pun makan bertambah. Makaroni Bakar Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Makaroni : -2 cawan makaroni -1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) dipotong dadu -1 biji buah tomato dipotong dadu -1 mangkuk kecil daging dipotong kecil (boleh gunakan daging kisar Ramly) -1/2 tin sos prego tradisional -Sayur : Karrot, batang celery, capsicum -2 sb lada hitam -2 sb mixed herbs (boleh dibeli dipasaraya) -Sedikit minyak untuk menumis (saya pakai minyak zaiton) -Garam dan gula secukup rasa -Sedikit air Cara masak makaroni : 1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sb minyak. Rebus makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan. 2. Panaskan minyak masak. Tumiskan baw...

Pulut Mangga sedap

Assalamualaikum...salam sejahtera semua, agak lama Sue tidak bersiaran. Sebenarnya, kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja-kerja di sekolah, sampai blog pun dah bersawang. Hanya aktif di fb saja. Kebetulan sekarang musim cuti sekolah, ambil peluang mengemaskini blog. Ok, kita mulakan kemaskini blog dengan entry pulut mangga. Memang pulut menjadi kegemaran kami sekeluarga. tak kiralah samada makan dengan durian atau ikan kering. Bila ada peluang saja, memng makan bertambah-tambah. Alhamdulillah.. Wpun tak ada harumanis, mangga biasa pun bolehlah asalkan manis. Bismillah... Pulut Mangga Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Bahan utama -mangga Pulut (cara rice cooker) 4 cawan beras pulut 4 cawan air 2 sb minyak masak -masukkan beras pulut, air dan minyak dalam rice cooker, on plug dan masak seperti kita memasak nasi biasa. Pulut (cara periuk biasa) -didihkan air dalam periuk, anggaran setengah periuk. Lebih pun tidak mengapa. Masukkan pulut. Kacau rata dan biar hi...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...

Butter Cake yang simple tapi sedap

Resepi ini mudah je sebenarnya. Tapi rasanya sangat sedap. Memang betul, penggunaan pure butter (bukan buttercup ya...) membuatkan kek atau biskut menjadi lebih sedap. Resepi ini asalnya dari sahabat Fb Sue iaitu kak Suhaini Abdul Wahab. Sue copy paste je & dah buat banyak kali juga. Untuk makan dengan family & baru2 ini Sue bawa ke sekolah untuk dimakan bersama kawan2 geng surau. Alhamdulillah, semua suka... BUTTER CAKE Sumber : kak Suhaini Abd Wahab Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan: 230gm butter Anchor/Golden Churn/SCS 4 biji telur B 60 ml susu segar 200 gm tpg kek 180gm gula halus 1 st esen vanilla Cara: Pukul butter + gula - kembang - masukkn telur satu persatu hingga habis -masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis & masukkan vanilla - gaul rata - siapkn loyang 7x7x3 /8x8x3 & bakar 180'C - 40-45 minit atau paipkn kedlm paper cup bakar 25 minit. Note: Kalau nakkan butter cake yg sedap mesti gunakn pure butter

Tepung Bungkus sedap, menggamit memori

Dulu masa kecik, selalu tengok arwah Tok Yah buat tepung bungkus. Dah lebih 22 tahun pun arwah meninggalkan kami. Hari ni cuba buat sendiri wpun balutan kurang kemas berbanding Tok. Buat pun sikit je, 10 biji. Alhamdulillah... Tepung Bungkus (Versi asal nenek saya -Tok Yah) Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Daun pisang secukupnya (layur terlebih dahulu) Inti kelapa : ½  biji kelapa parut ½  cawan gula merah ½  cawan air 1 sb gula (optional) 1 helai daun pandan *1 sb tepung gandum - satukan  gula merah, gula pasir, air dan daun pandan.  - masak hingga gula larut. -masukkan kelapa parut.  - kacau atas api hingga hampir kering.  - masukkan tepung gandum dan kacau sekata.  - tutup api. - biarkan sekejap, bulatkan sebesar syiling 10 sen.  Pembalut inti : 1 cawan tepung pulut 1/2 cawan air -satukan kedua bahan ini dan gaul hingga tidak lekat ditangan. -ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dibulatkan ...

Kek Marble Lebanese

Sebenarnya kek ni Sue masak beberapa minggu lepas. Tapi hanya post dalam facebook, dalam blog belum lagi. Ramai yang suka dan share resepi ini waktu Sue post dalam fb hari tu. Sedap ! Lebanese Marble Cake Sumber : Chef Khairi Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 250g butter 1 cawan gula castor 1 st esen vanilla 3 biji telur (Sue guna gred B) 2 cawan tepung naik sendiri 1/2 cawan sour cream (Sue gantikan dengan 1/2 cawan whipping cream + 1/2 sk cuka yang telah diperap 30 minit) Food coloring Cocoa paste Cara2 : -pukul butter dan gula hingga kembang. -masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. -masukkan tepung dan sour cream berselang seli hingga habis. Kacau secara kaup balik sahaja. -letakkan pewarna jika suka (Sue letakkan serbuk koko serta warna burgundy dari brand AmeriColor dan yang selebihnya warna asal) -griskan loyang 7in x 7in, alas baking paper pada dasarnya dan gris sekali lagi. Letakkan adunan berselang seli warna ikut kreativiti send...

Nasi Ayam Karamel

Hidangan hari Jumaat, cukuplah nasi ayam kegemaran kami sekeluarga. Lagi pun hari Jumaat ni, sekolah Sue masuk awal. Masak pun yang cepat je. Sedap tau nasi ayam karamel ni. Jangan risau, bila dah masak, tak terasa pun manis gula tu. Nasi Ayam Karamel Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam Karamel 1 ekor ayam (boleh buat seekor terus atau pun boleh juga dipotong kecil( 2 senduk gula pasir 5 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk 1 helai daun pandan Secubit garam Air secukupnya (agak2 tenggelam ayam) -masukkan gula dalam periuk dan hidupkan api. Masak hingga gula cair dan menjadi perang (karamel). Tambahkan air, bawang putih, halia, daun pandan, garam serta ayam. Rebus hingga ayam masak. Tutupkan api dan biar ayam terendam di dalamnya. (Sue biarkan terendam lebih kurang 2 jam tadi). Panaskan minyak, gorengkan ayam sekejap, tak perlu lama kerana ayam telah pun masak waktu kita merebus tadi. Kicap 1 cawan air rebusan ayam karamel 1/4 cawan kicap 1 sk so...