JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Friday, June 5, 2015

Makaroni Bakar dengan sos putih dan cheese yang lemak berkrim..sedap

Alhamdulillah...dinner kami jam 7 tadi. Makaroni Bakar ini lebih kurang dengan resepi Makaroni Goreng yang pernah Sue kongsikan resepinya dulu. Hanya kali ini dicurahkan sos putih di atasnya, tabur cheese mozarella & bakar. Yummy ! Bukan anak2 je suka.. emak dengan ayah pun makan bertambah.





Makaroni Bakar
Oleh : Surianti Ramli
Bahan2 :
Makaroni :
-2 cawan makaroni
-1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) dipotong dadu
-1 biji buah tomato dipotong dadu
-1 mangkuk kecil daging dipotong kecil (boleh gunakan daging kisar Ramly)
-1/2 tin sos prego tradisional
-Sayur : Karrot,
batang celery, capsicum
-2 sb lada hitam
-2 sb mixed herbs (boleh dibeli dipasaraya)
-Sedikit minyak untuk menumis (saya pakai minyak zaiton)
-Garam dan gula secukup rasa
-Sedikit air
Cara masak makaroni :
1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sb minyak. Rebus makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang bersama buah tomato hingga layu.
3. Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sos prego bersama garam dan gula, kacau hingga didih.
5. Masukkan makaroni tadi bersama lada hitam dan mixed herbs. Kacau rata. Akhir sekali masukkan sayur. Biar sebentar. Tutupkan api.
Sos Putih :
1 sb butter
2 sb tepung gandum
1 tin susu cair (boleh juga gunakan susu segar)
2 keping keju cheddar
1 sk lada putih
Secubit garam
-cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat supaya sebati. Masukkan susu, garam dan lada putih. Sentiasa kacau dalam api perlahan supaya tidak berkerak dan hangus. Akhir sekali masukkan kepingan cheese dan tunggu hingga cheese larut. Tutupkan api.
Bahan lain :
Mozarella cheese parut
Cara penyediaan :
1. Panaskan oven terlebih dahulu. Griskan loyang dengan butter.
2. Masukkan makaroni ke dalam loyang tadi. Curahkan sos putih di atasnya secara merata. Tabur cheese mozarella.
3. Bakar hingga masak mengikut oven masing-masing. (Oven saya suhunya 160'C selama 30 minit)
Nota : masakan ini tidak pedas, boleh tambahkan cili kisar atau lain2 bahan mengikut citarasa sendiri.