Skip to main content

Posts

Puding Sagu Gula Melaka

Paling senang, paling cepat. Sesuai untuk hari yang sibuk. Makan time berbuka pun sedap. Sagu Gula Melaka Bahan-bahan : Bahan A 1 cawan sagu dicuci bersih 3 cawan air Pewarna kesukaan 1 helai daun pandan *Didihkan air bersama daun pandan. Masukkan sagu. Kacau hingga sagu menjadi kembang dan berwarna jernih. Masukkan beberapa titik pewarna. Kacau rata. Angkat, sejukkan dalam loyang atau acuan. Bahan B 1 buku gula melaka 2 sb gula pasir 1 cawan air 1 helai daun pandan *Didihkan semua bahan di atas hingga gula larut. Angkat, sejukkan. Bahan C 1 tin susu cair Cara hidang : Sendukkan sagu. Curahkan gula melaka dan susu cair. Letak ais batu untuk rasa yang sejuk dan nyaman.

Kuih Cara Berlauk hidangan istimewa

Tajuk tu hihihi...istimewa. Apa-apa je lah kan. Kuih Cara Berlauk untuk berbuka petang ini. Untuk minum petang pun sesuai juga. Jom kita lihat resepinya. Kuih Cara Berlauk Bahan-bahan : Bahan A (inti) 100g daging kisar Ramlee (boleh juga gunakan daging biasa yang dihiris kecil) 3 ulas bawang merah -dikisar 3 ulas bawang putih - dikisar 1/2 inci halia - dikisar 1 sudu besar penuh rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air 1 sudu besar sos tomato Sedikit minyak untuk menumis Sedikit garam dan gula *Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Bila telah harum baunya, masukkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air. Masukkan juga sos tomato dan daging. Masak hingga daging empuk dan airnya kering. Perisakan dengan garam dan gula. Ketepikan. Bahan B (adunan) : 2 cawan tepung gandum 1 3/4 cawan santan 1 biji telur Secubit garam Sedikit pewarna kuning *Satukan bahan B dan kisar dengan blender hingga sebati. Bahan C (untuk tabur di atas...

Jom masak Puding Karamel Tanpa Telur

Biasanya karamel dengan telur. Tapi kali ini Sue cuba tanpa telur, sumber resepi dari kawan Fb, Noraslinda Bugal. Yummy ! Sedap ! Puding Karamel Tanpa Telur (Sumber : Noraslinda Bugal) Bahan A (Karamel) 3 sudu besar gula pasir 2 sudu besar ai r -Masukkan Bahan A ke dalam loyang, masak di atas dapur dengan api kecil hingga keperangan. Sejukkan. Bahan B (Puding) 1 paket agar2 serbuk 10 gram 1 tin susu cair 4 cawan air 1/2 cawan susu pekat manis 1/2 cawan gula pasir 2 sudu besar tepung kastard 1 sudu teh esen vanilla -Satukan semua Bahan B -Masak di atas dapur, sentiasa kacau supaya adunan tidak bergentel -Bila mendidih dan agak pekat, tutup api. -Tapis adunan dan tuang dlm loyang karamel tadi. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Nasi tomato mudah dan sedap untuk berbuka

Antara menu wajib kami sekeluarga, nasi tomato. Kalau hari biasa pun memang hubby paling suka makan. Bila dah hari ke 11 puasa, buntu tak tahu nak masak apa, teringat nasi tomato. Ini lah hasilnya. Nasi Tomato Bahan-bahan : 4 cawan beras  (boleh gunakan beras biasa atau basmathi) 1 labu bawang besar dipotong dadu 1 inci halia diracik 2 helai daun pandan disimpul Rempah 4 sekawan  (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga) 2 sudu besar penuh tomato puree  1/2 tin susu cair 4 1/2 cawan air  (untuk sukatan air, sila ikut sukatan jenis beras masing-masing) Garam Gula 1 ketul kiub pati ayam 2 sudu besar penuh minyak sapi Cara masak : 1. Panaskan minyak sapi.  2. Tumiskan bawang besar, halia racik, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga harum baunya. 3. Masukkan tomato puree dan kiub pati ayam. Kacau sebentar. 4. Masukkan beras dan dikacau goreng anggaran 5 minit. 5. Masukkan air, susu cair, ...

Ayam Masak Merah makan dengan nasi tomato

Ayam masak merah Bahan-bahan : 1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan. 6 sudu besar penuh cili kisar (jika suka pedas, boleh ditambahkan lagi) 10 ulas bawang merah dikisar 2 biji buah tomato dikisar 1 labu bawang besar dipotong baji 4 ulas bawang merah dihiris nipis (untuk tumis) 3 ulas bawang,putih dihiris nipis (untuk tumis) 1 inci halia diracik halus (untuk tumis) Air secukupnya Garam Gula Cara masak : 1. Ayam diperisakan dengan garam halus dan kunyit. Goreng ayam hingga masak keemasan. Ketepikan. 2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. 3. Bila telah naik baunya, masukkan cili kisar, bawang kisar, buah tomato kisar dan sedikit air (jika perlu). 4. Masak dalam api perlahan hingga mendidih, masukkan garam serta gula. 5. Masukkan ayam goreng serta bawang besar yang dipotong baji dan masak hingga pecah minyak. Sedia dihidang dengan nasi tomato.

Acar Timun Nanas

Simple je acar ni. Tak perlu dimasak. Cuma gaul je semua. Siap. Sedap makan dengan nasi tomato atau nasi beriani. Acar Timun Nanas Bahan-bahan: 1 biji timun 1/4 biji nanas 2 ulas bawang merah 2 biji cili merah (Semua bahan di atas dibersihkan dan dipotong kecil) Sedikit cuka (anggaran 4 atau 5 sudu besar sudu) Sedikit garam Sedikit gula Sedikit air Cara penyediaan : Gaulkan semua bahan diatas. Tak perlu air yang banyak kerana campuran timun dan nanas sendiri akan mengeluarkan air. Sedia dihidang.

Buah Melaka sedap

Sebelum ini, Sue banyak terjumpa resepi buah melaka. Lain orang, lainlah caranya. Kali ini Sue cuba resepi dari kawan Sue. Sedap ! Anda mesti cuba ya... Buah Melaka (Sumber : Zulaifha Hassan) Bahan-bahan : 2 cawan tepung pulut 1 cawan air daun pandan 2 sudu besar tepung beras Gula melaka dipotong kecil Kelapa parut putih digaul sedikit garam dan dikukus sekejap *tanpa pewarna hijau (sbb stok dah habis) Cara penyediaan : Gaulkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan hingga menjadi doh. Ambil  sedikit tepung dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil tadi. Bentukkan bulat. Ulangi proses ini.  Didihkan air, masukkan bebola buah melaka tadi ke dalam air didih. Tunggu sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan. Gaulkan dengan kelapa parut. Siap. Selamat mencuba.