JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Sunday, July 13, 2014

Kuih Cara Berlauk hidangan istimewa

Tajuk tu hihihi...istimewa. Apa-apa je lah kan. Kuih Cara Berlauk untuk berbuka petang ini. Untuk minum petang pun sesuai juga. Jom kita lihat resepinya.



Kuih Cara Berlauk

Bahan-bahan :
Bahan A (inti)
100g daging kisar Ramlee (boleh juga gunakan daging biasa yang dihiris kecil)
3 ulas bawang merah -dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudu besar penuh rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam dan gula
*Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Bila telah harum baunya, masukkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air. Masukkan juga sos tomato dan daging. Masak hingga daging empuk dan airnya kering. Perisakan dengan garam dan gula. Ketepikan.

Bahan B (adunan) :
2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan santan
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
*Satukan bahan B dan kisar dengan blender hingga sebati.

Bahan C (untuk tabur di atas)
Daun sup
Daun bawang
Cili merah dibuang biji
*semua bahan dipotong kecil

Cara masak :
1. Panaskan loyang. Sapu loyang dengan sedikit minyak (menggunakan daun pandan) .
2. Sudukan bahan B iaitu adunan tepung tadi ke dalam loyang sebanyak 3/4 dari saiz loyang.
3. Tabur bahan A dulu, diikuti bahan C.
4. Tutup loyang dengan tudung periuk.
5. Kuih ini cepat saja masaknya. Sekejap saja. Boleh terus diangkat.
6. Ulangi proses yang sama hingga habis adunan.

Siap.