Skip to main content

Posts

Udang galah masak masam manis...sedapnya!

Udang galah pemberian dari seorang sahabat hubby. Terfikir-fikir nak masak apa.... jalan-jalan ke blog Azlita Aziz , wah....sedapnya ! Izinkan Sue copy resepinya ya. Resepi asal :  Azlita Aziz UDANG GALAH MASAM MANIS 2 kg udang galah - berus dan cuci bersih 1 labu bawang besar - potong baji 1 biji tomato - potong baji 5 sudu makan sos cili 3 sudu makan sos tiram 1/2 cwn air 1 kiub - ikan bilis garam dan gula secukup rasa. 1 biji cili merah - hiris 1 biji cili hijau - hiris 1 pokok daun ketumbar - mayang halus 2 batang serai - dititik  Bahan kisar 3 ulas bawang besar 2 ulas bawang putih 3 biji cili merah Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga harum. Masukkan air, serai,sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. Setelah masak masukkan tomato, bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun ketumbar. Kemudian masukkan udang galah dan biar hingga ia masak.  Biar seketika. Siap untuk dihidangkan.

Sarapan cokodok yang gebu dan sedap

Assalam & selamat sejahtera semua... Nampaknya aktiviti berblog terpaksa dikurangkan kerana kekangan masa. Kerja sekolah semakin bertambah. Banyak berlaku hal-hal yang merintangi sejak kebelakangan ini. Apa nak buat, lumrah manusia.. ada pasang surutnya. Sue pun tak dapat berceloteh panjang. Anda sarapan apa hari ini ? Sue buat cokodok je. Makan panas-panas dengan teh o. Sedapnya lah cokodok ni. Gebu dan pendek kata, sedaplah. Jangan tak tahu, ada orang yang tak tahu cara masak cokodok walau pun simple je sebenarnya. Ada yang bancuhannya jadi cokodok keras, liat dan tak menjadi. Apa kata jom cuba resepi ini. Sue jalan-jalan ke dapur  Che Mat Gebu  , antara tukang masak tersohor dalam bidang masakan dan juga seorang blogger terkenal. Izinkan akak share resepinya di sini ya CMG. BAHAN-BAHANNYA :-) 8 biji pisang emas 3/4 camca teh soda bicarbonat 1 camca besar gula peerang @ 1/3 camca besar gula halus 1 cawan tepung gandum (haha sori tertinggal..tadi) 1/4 camca ...

Bihun Sup Kedah resepi emak saya....sedapnya !

Salam semua, dah lama Sue tak masak bihun sup. Biasanya kalau hari raya, emak dikampung memang masak bihun sup untuk dihidangkan kepada tetamu selain dari biskut raya dan ketupat. Jadi bila Sue masak je bihun sup ni, teringat pulak hari raya. Jom kita tengok resepinya. Simple je, Sue rasa semua orang tahu masak. Bahan-bahan : Sebungkus bihun dicelur dalam air mendidih (yang telah dicampur dengan sedikit kunyit serbuk) 1 kg tulang lembu 1 kg daging lembu  (Sue campurkan daging biasa bersama daging cincang/tetel) 1 labu bawang besar dikisar 5 ulas bawang merah dihiris (untuk ditumis) 3 ulas bawang putih dihiris (untuk tumis) 2 inci halia diracik halus (untuk ditumis) 2 sudu besar rempah sup Adabi 1 bunjut rempah sup Adabi Daun sup dan daun bawang Air secukupnya Garam Gula *Bahan sampingan untuk menghidang bihun : Daun sup dan daun bawang dihiris halus Bawang goreng Lobak masin dipotong kecil dan direndam dengan air panas selama 2 - 3 ja...

Puding Buah Pic

Aduh....rupanya waktu nak update blog tadi, tangan ke sana sini...terdelete post yang sebelum ni. Sue re-post ya... Sedap di makan bila disejukkan dalam peti ais. Yummy ! PUDING BUAH PIC Resepi asal : Chef Hanieliza 10 gm serbuk agar2 (1 peket) 4 cwn air 1 cwn gula (Sue kurangkan sikit gulanya) 1 tin susu cair 2 tin buah pic - dipotong dadu Masukkan serbuk agar2, gula dan air ke dalam periuk dan masakan sehingga mendidih. Tutupkan api. Masukkan susu cair dan potongan buah pic. Kacau rata. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan Hidangkan bersama lebihan buah pic.

Apam beras yang sedap untuk minum petang...

Selamat petang semua, petang ni teringin pulak nak makan apam. Sue pun blogwalking. Terjumpa resepi yang mudah dan sedap dari blog Yatie Memories  Bahan-bahan semua dah ada, terus masuk dapur dan taraaa....inilah hasilnya. Memang sedap ! Tq Yatie untuk resepi ini. Apam beras/apam nasi Sumber : Yatie Memories Bahan-bahannya. 2 cwn nasi 2 cwn tepung gandum 2 cwn tepung beras 1 1/2cwn gula pasir 2 1/2 cwn air 2 sudu kecil yis (mauripan) kelapa parut dgn sedikit garam Cara-cara Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. Hidang bersama kelapa y...

Kuih Lompang resepi ibu mertuaku...Sedap !

Selamat berhujung minggu semua. Asyik buat kek je ya... Hari ni Sue masak kuih lompang resepi dari mak mertua. Dulu masa kecik, Sue selalu tertanya-tanya. Kenapa dinamakan lompang ? Bila dah besar, baru tahu. Rupanya bila kita masak (kukus) kuih lompang ni, akan terbentuk lubang pada bahagian tengahnya. Itulah lompang. Asal usul namanya. Kalau ada yang buat kuih ni tak jadi lubang tu, bermakna tak menjadilah. InsyaAllah resepi Sue ini pasti jadi. Kalau orang yang tak pernah buat pun, jangan risau. Ikut betul-betul resepi ni ya.. Kuih Lompang oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 1/2 cawan tepung beras 1 sudu besar tepung ubi kayu 1 sudu kecil air kapur 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 2 1/2  cawan air  3 helai daun pandan Hiasan di atas lompang : Kelapa parut yang putih secubit garam halus 1 helai daun pandan -gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap Cara masak : 1. Satukan gula merah, gula...

Snow Cheese Cake untuk wedding anniversary yang ke 17 tahun...

Assalam dan selamat sejahtera semua. Snow Cheese Cake ni Sue buat sempena sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke 17  tahun pada 14 Februari yang lalu. Sebenarnya, tarikh berkenaan jatuh pada hari Jumaat. Hari bekerja dan ditambah pula semua orang dalam rumah ni kurang sihat, terpaksa tangguhkan dulu. Badan rasa lemah lagi, tapi dah boleh bangun buat kek. Alhamdulillah... Dulu Sue pernah sekali buat kek ni. Boleh tengok resepinya di sini  dalam sukatan cawan. Kali ini Sue  buat dalam timbangan metrik. Anda cubalah ya... Senang dan sedap sangat !  Snow Cheese Cake (sangat sedap) 100 g tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek) 60 g tepung jagung 75 g  gula kastor 1 sudu teh baking powder 2 sudu besar ovalette 6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji  dibuang putihnya) 50 ml  air dari peti sejuk  75 g mentega (dicairkan) Cara: 1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dip...