JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, August 2, 2014

Rendang Daging

Musim raya ini, daging dan ayam memang laris. Tradisinya begitu dari dulu lagi. Ok, tanpa berceloteh panjang, idea pun tak ada..jom kita semak resepinya.
Resepi Sue ni biasa2 je. Lain orang, mungkin lain cara penyediaannya.



Rendang Daging
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 kg daging dipotong kecil dan dibersihkan

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering dibuang bijinya dan rebus hingga mendidih
3 labu bawang besar
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai

Bahan lain :
1 mangkuk pati santan
2 mangkuk santan cair
1 senduk kerisik
3 helai daun kunyit diracik halus
Garam dan gula secukup rasa
1 senduk minyak masak
Sedikir air

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik baunya.
2. Masukkan daging, kacau sebati bersama bahan tumis tadi. Biarkan hingga daging mengecut sedikit. Tambahkan santan cair dan rebus hingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk, tambahkan air biasa dan teruskan merebus.
3. Bila daging telah empuk, masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan santan pekat serta kerisik. Didihkan. Biarkan sehingga kuahnya pekat/pecah minyak. Taburkan daun kunyit dan kacau sekejap hingga sebati. Tutupkan api.
4. Sedia dihidang.