Skip to main content

Posts

Rendang Ayam dan Pulut Kuning Noxxa sedap dan mudah

Bismillahirrahmanirrahim, Masih lagi dalam bulan Syawal, merendang masih menjadi pilihan. Mari kita lihat resepi rendang yang dimasak menggunakan periuk Noxxa. Sungguh menjimatkan masa dan rasanya sama seperti kita menggunakan kuali atau periuk biasa.Bahan-bahan pun sama, hanya kaedah memasak dapat disingkatkan. Rendang Ayam (periuk Noxxa) Oleh : Surianti Ramli Bahan utama : 1 ekor ayam - potong kecil dan cuci bersih Bahan kisar : 30 tangkai cili kering (boleh tambah atau kurangkan cili, rebus cili dengan air hingga didih, toskan) 3 labu bawang besar 1/2 labu bawang putih 2 batang serai 1 inci halia 1 inci lengkuas 2 ruas kunyit Air secukupnya untuk mengisar Bahan lain : 1 helai daun kunyit diracik 3 batang serai diketuk 2 keping asam gelugur 2 sudu besar kerisik 500 ml santan pekat Garam dan gula secukup rasa Cara penyediaan : 1. Masukkan bahan kisar, ayam dan ser...

Salam Aidilfitri 2017

Assalamualaikum semua, Rasanya belum terlewat untuk Sue mengucapkan selamat hari raya buat semua pengunjung setia blog Jendela Dapur Surianti. Terima kasih atas sokongan semua kawan-kawan yang selalu datang berkunjung. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

Ayam Peri Peri ala Nando's yang menyelerakan

Bismillahirrahmanirrahim, Disebabkan kesuntukan masa, kali ini Sue menyediakan ayam panggang peri peri menggunakan sos Nando's yang dibeli di Tesco. InsyaAllah ada kesempatan masa, post yang akan datang, Sue akan kongsikan resepi sos ala Nando's yang boleh dibuat sendiri di rumah. Ayam Peri Peri Ala Nando's Oleh : Surianti Ramli Bahan utama : 1 ekor ayam sederhana besar Bahan perapan : 4 sudu besar sos Nando's (saya gunakan sos peri peri garlic) 4 sudu besar mayonais 2 sudu besar chilli flakes 2 sudu besar paprika 5 ulas bawang putih (tumbuk halus) 1 inci halia (tumbuk halus) 1 sudu kecil garam 1 sudu besar gula *sos nandos, paprika dan chilli flakes boleh dibeli di pasaraya besar seperti tesco atau giant. *garam dan gula mengikut citarasa sendiri. Bahan lain : 3 biji kentang dipotong baji (rebus separuh empuk, toskan airnya) 2 biji bawang besar dipotong 8 bahagian 2 biji buah tomato dipotong 4 bahagian Daun salad Minyak zaitun secukupnya...

Serimuka Durian yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Salam 5 Ramadhan buat semua pengunjung blog Jendeladapur Surianti yang dikasihi, rasanya masih belum terlewat untuk mengucaokan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita diberkati Allah SWT. Aamiin. R esepi ini Sue pernah share dulu. Kali ini masih menggunakan resepi yang sama juga. Resepi cara orang tua dulu-dulu, menggunakan sukatan cawan. Silakan share, semoga bermanfaat. Seri Muka Durian Oleh : Surianti Ramli (Loyang segiempat saiz 7 x 7 inci) Bahan-bahan : Bahagian bawah (pulut) 2 cawan beras pulut direndam 30 minit dan toskan 1 cawan santan pekat 1 cawan air 1 sudu kecil garam Cara penyediaan pulut : 1. Kukus pulut bersama santan, air dan garam hingga masak selama 25 minit. Santan dan air mesti sama paras dengan pulut. 2. Setelah masak, tekan dan mampatkan pulut dalam loyang. Ketepikan. Bahagian atas/kepala 1 cawan air 1 cawan santan pekat 1/2 cawan gula 1/2 cawan isi durian 1 sudu besar tepung gandum 1/3 c...

Maggie Goreng Ala Mamak pembuka selera

Bismillahirrahmanirrahim, Sesekali teringin maggie goreng style mamak, masak seadanya, alhamdulillah sesekali bolehlah jangan selalu. Maggie Goreng Ala Mamak Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 bungkus maggie (dicelur sekejap dengan air didih & toskan) 200 gm daging ayam dipotong dadu (atau daging lembu yang direbus) 1/2 cawan air 3 ulas bawang putih diketuk 1 sudu besar cili kisar 1 sudu besar serbuk kari 3 sudu besar sos cili 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar kicap lemak manis 2 biji ubi kentang direbus (potong dadu) 2 biji telur Sayur sawi, kobis Minyak untuk menumis Garam jika perlu (tapi saya tak letak pun kerana pada saya telah cukup rasa masinnya) Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum. 2. Masukkan cili kisar, serbuk kari, isi ayam dan air. Masak hingga isi ayam empuk dan air mulai kering. 3. Pecahkan telur, kacau dengan cepat. 4. Masukkan semua sos bersama maggie, kentang dan sayur. Goreng sekejap saja den...

Kuih Bakar Berlauk, kuih warisan orang lama

Bismillahirrahmanirrahim, Kuih lama yang menjadi kegemaran Sue, Kuih Bakar Berlauk Oleh : Surianti Ramli (Dapat 2 biji saiz no 2 seperti gambar). Bahan A (batter) : 180 gm tepung gandum 375 ml susu cair (atau santan sederhana pekat) 375 ml air 2 biji telur saiz A 2 sudu besar minyak sapi 1/2 sudu kecil garam Beberapa titis pewarna kuning -satukan semua bahan di atas, kacau sebati dan tapis. Bahan B (inti berlauk) : 150 gm daging dipotong kecil 1 labu bawang besar didadu 3 ulas bawang putih didadu 1/2 inci halia didadu 1 sudu besar rempah kari 1 sudu besar rempah kurma 1/4 cawan air (bancuh rempah dan air menjadi pes) Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis -panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga harum. -masukkan pes rempah bersama daging. Masak hingga daging empuk. (Tambah air lagi jika perlu) -masukkan garam/gula secukup rasa. -masukkan bawang besar dan masak hingga inti kering. Matikan api. Bahan tabur : Daun sup, daun bawang, cili merah, bawang goren...

Nasi Kacang Dal pembuka selera bersama Ayam Masak Ros yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hidangan tengahari tadi, seperti yang dijanjikan dalam Instagram, Sue akan masukkan resepinya petang tadi. Tapi disebabkan ada hal yang perlu diuruskan, tertangguh hingga malam. Nasi Kacang Dal Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam dengan air biasa 30 minit dan toskan) 6 cawan air  1/2 cawan susu cair 1/2 cawan kacang dal (rendam 1 jam, kemudian direbus empuk) Garam kasar Gula  Pewarna kuning Bahan kisar : 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan tumis : 3 sudu besar minyak sapi 1 sudu besar minyak jagung 2 helai daun pandan 1 tangkai bunga cengkih 1 tangkai bunga lawang 1 biji buah pelaga 1 batang kayu manis 1 labu bawang besar didadu  Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung. Tumis bahan tumisan hingga harum. 2. Masukkan bahan kisar. Kacau sekejap hingga sedikit didih. 3. Masukkan beras, kacau goreng dalam anggaran 1 minit.  4. Masukkan air, susu cair, ga...