Skip to main content

Posts

Pulut Udang resepi warisan nenek

Assalam semua...kita telah pun memasuki fasa pertengahan Ramadhan yang mulia...alhamdulillah dipertemukan lagi dengan Ramadhan kali ini. Semoga ibadah kita diterima Allah SWT insyaAllah...aamiin..terima kasih kepada semua pengunjung blog yang sudi ziarah blog Sue yang tidak seberapa ini. Sayang semua...muahhh... Sudah lama teringin sangat nak makan pulut udang (nama di Utara), kalau di selatan dipanggil pulut panggang. Dapat juga masak beberapa hari lepas, alhamdulillah. Resepi asalnya dari arwah tok (panggilan untuk nenek) dan diturunkan kpd emak Sue. Cara yang ringkas, bahan yang minima & insyaAllah sedap cara kami. Sebelum dan selepas dipanggang. Pulut Udang/Pulut Panggang Oleh : Surianti Ramli Bahan A : 2 cawan beras pulut (direndam 4 jam) -kukus pulut hingga masak. Bahan B 1 cawan santan* Secubit garam* 1 sb mentega* -masak bahan bertanda * di atas dalam api perlahan hingga sedikit didih. Gaulkan sebati bahan A (pulut kukus) bersama bahan B (santan) sewaktu...

Donut Gebus berinti

Entry tertangguh lagi... Donut gebus gebas kegemaran anak2...sesuai juga untuk minum petang atau pun berbuka. Kekal lembut walaupun telah lama digoreng. InsyaAllah...sedap. Donut Gebu Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum (sebaiknya guna tepung high protein, donut kekal lembut wpun telah sejuk) 1 sb mentega 2 sb susu pekat manis 1 sudu teh yis 1/2 sudu teh double action baking powder 1 biji ubi kentang direbus empuk dan dilenyek 1/2 cawan air suam (air suam digunakan untuk kaedah uli tangan, jika uli dengan mixer boleh gunakan air sejuk dari peti ais) secubit garam Hiasan : Gula icing Jem strawberry/blueberry dll mengikut kesukaan Cara-cara : Kaedah uli menggunakan tangan , 1. Letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika anggaran 5 minit atau hingga berbuih untuk menghidupkan yis. 2. Satukan tepung, double action baking powder, marjerin, susu pekat manis, kentang dan garam. 3. Masukkan air suam barcampur yis tadi. Uli sebati hingga d...

Makaroni Bakar dengan sos putih dan cheese yang lemak berkrim..sedap

Alhamdulillah...dinner kami jam 7 tadi. Makaroni Bakar ini lebih kurang dengan resepi Makaroni Goreng yang pernah Sue kongsikan resepinya dulu. Hanya kali ini dicurahkan sos putih di atasnya, tabur cheese mozarella & bakar. Yummy ! Bukan anak2 je suka.. emak dengan ayah pun makan bertambah. Makaroni Bakar Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Makaroni : -2 cawan makaroni -1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) dipotong dadu -1 biji buah tomato dipotong dadu -1 mangkuk kecil daging dipotong kecil (boleh gunakan daging kisar Ramly) -1/2 tin sos prego tradisional -Sayur : Karrot, batang celery, capsicum -2 sb lada hitam -2 sb mixed herbs (boleh dibeli dipasaraya) -Sedikit minyak untuk menumis (saya pakai minyak zaiton) -Garam dan gula secukup rasa -Sedikit air Cara masak makaroni : 1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sb minyak. Rebus makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan. 2. Panaskan minyak masak. Tumiskan baw...

Pulut Mangga sedap

Assalamualaikum...salam sejahtera semua, agak lama Sue tidak bersiaran. Sebenarnya, kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja-kerja di sekolah, sampai blog pun dah bersawang. Hanya aktif di fb saja. Kebetulan sekarang musim cuti sekolah, ambil peluang mengemaskini blog. Ok, kita mulakan kemaskini blog dengan entry pulut mangga. Memang pulut menjadi kegemaran kami sekeluarga. tak kiralah samada makan dengan durian atau ikan kering. Bila ada peluang saja, memng makan bertambah-tambah. Alhamdulillah.. Wpun tak ada harumanis, mangga biasa pun bolehlah asalkan manis. Bismillah... Pulut Mangga Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Bahan utama -mangga Pulut (cara rice cooker) 4 cawan beras pulut 4 cawan air 2 sb minyak masak -masukkan beras pulut, air dan minyak dalam rice cooker, on plug dan masak seperti kita memasak nasi biasa. Pulut (cara periuk biasa) -didihkan air dalam periuk, anggaran setengah periuk. Lebih pun tidak mengapa. Masukkan pulut. Kacau rata dan biar hi...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...

Butter Cake yang simple tapi sedap

Resepi ini mudah je sebenarnya. Tapi rasanya sangat sedap. Memang betul, penggunaan pure butter (bukan buttercup ya...) membuatkan kek atau biskut menjadi lebih sedap. Resepi ini asalnya dari sahabat Fb Sue iaitu kak Suhaini Abdul Wahab. Sue copy paste je & dah buat banyak kali juga. Untuk makan dengan family & baru2 ini Sue bawa ke sekolah untuk dimakan bersama kawan2 geng surau. Alhamdulillah, semua suka... BUTTER CAKE Sumber : kak Suhaini Abd Wahab Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan: 230gm butter Anchor/Golden Churn/SCS 4 biji telur B 60 ml susu segar 200 gm tpg kek 180gm gula halus 1 st esen vanilla Cara: Pukul butter + gula - kembang - masukkn telur satu persatu hingga habis -masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis & masukkan vanilla - gaul rata - siapkn loyang 7x7x3 /8x8x3 & bakar 180'C - 40-45 minit atau paipkn kedlm paper cup bakar 25 minit. Note: Kalau nakkan butter cake yg sedap mesti gunakn pure butter

Tepung Bungkus sedap, menggamit memori

Dulu masa kecik, selalu tengok arwah Tok Yah buat tepung bungkus. Dah lebih 22 tahun pun arwah meninggalkan kami. Hari ni cuba buat sendiri wpun balutan kurang kemas berbanding Tok. Buat pun sikit je, 10 biji. Alhamdulillah... Tepung Bungkus (Versi asal nenek saya -Tok Yah) Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Daun pisang secukupnya (layur terlebih dahulu) Inti kelapa : ½  biji kelapa parut ½  cawan gula merah ½  cawan air 1 sb gula (optional) 1 helai daun pandan *1 sb tepung gandum - satukan  gula merah, gula pasir, air dan daun pandan.  - masak hingga gula larut. -masukkan kelapa parut.  - kacau atas api hingga hampir kering.  - masukkan tepung gandum dan kacau sekata.  - tutup api. - biarkan sekejap, bulatkan sebesar syiling 10 sen.  Pembalut inti : 1 cawan tepung pulut 1/2 cawan air -satukan kedua bahan ini dan gaul hingga tidak lekat ditangan. -ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dibulatkan ...