Thursday, March 3, 2016

Kobis Goreng Ala Mamak


Sayur Kobis Goreng Ala Mamak yang sedap, sesuai untuk yang berdiet atau pun vegetarian. Mudah cara membuatnya, jangan lupa cuba ya..

Kobis Goreng Ala Mamak
Oleh : Surianti Ramli


Bahan-bahan :
1/2 biji kobis dicuci bersih dan dihiris
1/2 batang karot dipotong mancis
3 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 - 2 tangkai daun kari dilurut
1 sk kunyit serbuk
1 sk serbuk cili
1 sk biji sawi
3 biji cili kering (potong 3 tiap satu)
1 biji cili hijau dihiris
Garam secukup rasa
Air (jika perlu sedikit saja kerana sayur ini digoreng kering, tapi Sue tak letak pun air)
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk :
1/4 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sk jintan putih

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak , tumis biji sawi hingga garing. Masukkan bawang putih & bawang merah yang dihiris bersama cili kering dan daun kari. Tumis hingga harum.
2. Masukkan bahan tumbuk, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau dengan cepat.
3. Masukkan sayur bersama garam. Kacau rata dan tutup kuali dengan tudung periuk anggaran 3 - 5 minit. Waktu ini air wap akan keluar dan sayur masak sekata.
4. Buka tudung periuk dan masukkan cili hijau. Goreng sekejap. Matikan api.

No comments:

Post a Comment