Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, May 21, 2014

Jom dinner dengan home made pizza yang mudah dan sedap

Entry tertangguh sebenarnya ni...dalam fb dah letak, dalam blog terlambat sikit.
Agak-agak dah jemu makan nasi, teringin nak makan pizza untuk dinner. Sedap juga dan kenyang. Anda mesti cuba. Percayalah. Resepi ini memang menghasilkan doh yang cantik & sos pizza yang sedap. Sue suka gunakan resepi ini untuk membuat pizza.

Sebelum dibakar

Selepas dibakar

Home Made Pizza
Sumber : Myresepi (Sue olahkan semula)
#Terima kasih Tulip77, tuan punya resepi asal#

Untuk doh pizza :
2 cawan tepung gandum (Sue gunakan tepung high protein)
2 st yis segera
1/2 st garam
1 st gula
2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
1/2 cwn air

Untuk sos pizza :
1 labu bawang holland - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dipotong dady
2 biji tomato - cincang halus
2 sb minyak masak
3 sb tomato puri
2 sb sos tomato
3/4 st gula
1 st oregano
garam & gula

Untuk Topping :
Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
Lada benggala hijau atau merah, tomato
Cendawan butang, bawang besar, nenas
Keju mozarella parut

Cara-cara :
Untuk sos pizza,
Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

Untuk doh pizza
Campur tepung high protein, yis, garam, gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
Sukatan air bergantung pada tepung yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60 minit supaya doh naik sekali ganda.
Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 1 cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10 minit supaya kembang sedikit.
Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
Taburkan keju mozarella parut. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan lagi baki keju tadi.
Bakar selama 18 minit pada suhu 200' C bergantung pada suhu oven masing-masing.

*Sue uli menggunakan breadmaker.
# terima kasih kepada penyumbang resepi asal.

No comments:

Post a Comment