Skip to main content

Posts

Bubur Pulut Hitam kegemaran keluarga , resepi mudah

Bismillahirrahmanirrahim, . Bubur Pulut Hitam . Bahan-bahan : • 2 cawan beras pulut hitam - rendam 4 jam atau semalaman. Bilas bersih dan toskan • 10 cawan air biasa - tak perlu dihabiskan jika pulut telah kembang, boleh tambah jika perlu • 1 helai daun pandan • 1 cawan santan pekat • Gula secukup rasa • Secubit garam . Cara penyediaan : 1. Masukkan beras pulut hitam ke dalam periuk bersama air. (Air dimasukkan sedikit demi sedikit) 2. Rebus hingga beras pulut menjadi kembang dan sedikit pecah. Jika belum kembang boleh tambah air lagi. 3. Masukkan daun pandan, santan pekat, gula dan garam. 4. Masak atas api perlahan hingga didih. Siap, matikan api. . Nota : Bubur ini akan semakin pekat setelah sejuk.

Nasi lemak mudah dan sedap untuk sarapan

Bismillahirrahmanirrahim, . Nasi lemak (beras biasa) . Bahan-bahan : • 4 cawan beras - basuh dan toskan  • 2 helai daun pandan • 1 batang serai - ketuk • 4 cm halia - hiris nipis • 4 1/2 cawan santan (hasil dari campuran 3 1/2 cawan air + 1 cawan santan pekat, saya tak suka terlalu pekat sangat. Tapi kalau anda suka lemak, boleh ubahsuai) • Garam . Cara penyediaan : • Masukkan semua dalam periuk dan masak seperti nasi biasa. • Bila air kering, gembur perlahan. Saya biarkan dalam mode “keep warm” selama 10 minit baru off kan plug. Sambal Sotong Kering (ada yang panggil cumi-cumi) . Bahan kisar : . • 2 genggam cili kering (rebus hingga didih supaya lembut & toskan) • 3-4 biji bawang besar (guna bawang merah pun boleh) • 5 ulas bawang putih . Bahan lain : . • 1 mangkuk sotong kering - rendam 4 jam atau semalaman, kemudian bilas/ramas sedikit & toskan • Air asam jawa - asam jawa sebesar ibu jari diperah bersama 1/2 c...

Puding marble sedap dan nyaman, penyejuk tekak

Bismillahirrahmanirrahim, . Puding Marble . Bahan-bahan : 10 gm agar-agar serbuk 3 cawan air 1/2 cawan gula pasir •didihkan bahan diatas. . Bahan kisar (guna blender) 2 biji telur 4 keping roti - carikkan 3/4 cawan susu cair 5 sb susu pekat 1/2 cawan air •satukan semua bahan dan kisar sebati. . Bahan lain : 2 sb serbuk koko + 2 sb air panas dibancuh menjadi pes 1 sudu besar mentega 1 sudu teh esen vanila (*typo dlm video letak caption serbuk coklat) . Cara penyediaan : 1. Masukkan bahan kisar ke dalam agar-agar didih tadi. Kacau sebati dalam api perlahan. Masukkan esen vanila dan mentega. Matikan api. 2. Bahagi dua adunan, satu warna asal dan satu lagi dicampur pes koko. 3. Basahkan acuan dan sendukkan adunan berselang seli warna asal dan koko. Buat hingga habis. Tidak perlu diratakan kerana adunan akan merebak sendiri ke tepi. 4. Biar beku dan boleh dimasukkan dalam peti sejuk. Potong, sedia dihidang.

Surianti Kitchen di TV

Bismillahirrahmanirrahim, Isnin 24/9/18, jam 12 tengahari di Astro Prima & Maya HD,  Surianti Kitchen (klik sini untuk ke link Instagram) akan berkongsi 3 resepi menarik dalam rancangan Rasa Instafamous terbitan majalah masakan no 1 di Malaysia, majalah Rasa. Teaser Ulangannya pada pukul 8pm di Maya HD 135 dan 9pm di Astro Prima. Kalau yang tidak berkesempatan, boleh juga lihat di website  www.rasa.my  atau pun dapatkan Majalah Rasa. Jangan lupa ya  😍 ✌️ # jendeladapursurianti   # rasainstafamous   # foodblogger   # foodie

Nasi Goreng Kampung Seri-Aji untuk bersahur

Salam Ramadhan 1439H buat semua,  Post awal untuk beri idea kepada kawan-kawan menu bersahur. Berkolaborasi dengan Seri_Aji sekali lagi, alhamdulillah. Biasanya untuk sahur kami sekeluarga akan makan hidangan yang ringkas dan mudah serta cepat disediakan. Dengan adanya perencah nasi goreng kampung SERI-AJI, masa memasak dapat dijimatkan kerana perencahnya lengkap dengan bahan-bahan asli seperti ikan bilis, cili padi dan belacan. . Nasi Goreng Kampung SERI-AJI® dengan Murtabak . Bahan-bahan: 3 sudu besar minyak masak 20 g ikan bilis 200 g isi ayam, dihiris 100 g murtabak dipotong kecil 100 g sayur kangkung, dipotong 3cm 2 biji telur 3 ½ cawan beras (dimasak menjadi nasi)/ 550 g nasi putih 1 peket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g . Cara penyediaan:  1. Panaskan minyak masak.  2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan. 3. Dengan minyak yang sama, gorengkan ayam hingga separuh masak.  Masukkan murtabak. 4.  Campurkan sayur kangkung dan telur,...

Cucur Jagung yang kekal lembut walaupun sejuk

Bismillahirrahmanirrahim, Sedapnya cucur jagung, kan.. cicah dengan sos cili pun sedap. Jom kita lihat resepi cucur jagung yang kekal lembut walaupun setelah sejuk. Cucur Jagung Oleh : Surianti Ramli . Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum 1 biji telur 1 biji bawang besar (dadu kecil) 1 tangkai daun sup/daun bawang (hiris) 1 tangkai cili merah (dadu kecil) 1 tongkol jagung hiris ambil isinya 1 mangkuk kecil udang Garam Gula (terpulang kalau tak mahu letak) Kunyit serbuk 1 1/4 cawan air suam Cara penyediaan : Satukan semua bahan, gaul sebati . Biar anggaran 10-15 minit & boleh digoreng dalam minyak yang panas.

Agar-agar Lumut

Bismillahirrahmanirrahim, Agar-agar Lumut atau juga dipanggil Agar-agar Santan Pandan yang mudah disediakan dan wajib ada pada bulan puasa. Resepi ulangan yang saya pernah kongsi banyak kali. . Agar-agar Lumut atau dipanggil juga Agar-agar Santan Pandan @surianti_kitchen . Bahan-bahan : 1 peket 10 g serbuk agar-agar 3/4 cawan gula 4 cawan jus pandan - kisar 10 helai daun pandan dengan air dan tapis ambil airnya 1 cawan santan pekat 1 biji telur - pukul sedikit dengan garfu 1/2 sudu kecil garam *jika suka lebih hijau boleh letakkan beberapa titis pewarna, tapi saya tak letak . Cara penyediaan : 1. Satukan semua bahan, kacau sebati dan masak atas api sederhana. Biar betul-betul mendidih, matikan api. 2. Basahkan acuan/loyang. Curahkan adunan dan biarkan sejuk/beku. Simpan dalam peti ais.